Family Albom

Saturday, November 14, 2009

5 plugin paling asas

Wordpress adalah sebuah platform untuk blog yang paling popular sekarang. Kebanyakan orang yang mempunyai domain dan hosting sendiri memilih Wordpress kerana ianya sangat mudah untuk digunakan. Pelbagai plugin yang tersedia pula membolehkan anda memperkemaskan lagi blog anda dengan macam-macam fungsi.

Apabila anda telah selesai memasang Wordpress (samada secara manual ataupun automatik), perkara seterusnya yang perlu dibuat adalah memasang plugin. Di sini, saya akan kongsikan 5 plugin Wordpress yang paling popular dan berguna untuk anda.



Akismet

Akismet akan menguruskan spam iaitu komen-komen sampah yang masuk ke dalam blog anda. Plugin ini telah sedia ada bersama pemasangan Wordpress.
All in One SEO Pack

SEO adalah penting untuk blog sekiranya anda mahu blog anda popular. All in One SEO Pack membantu blog anda agar mudah untuk muncul dalam enjin carian seperti Google dan Yahoo.
Google XML Sitemap

Google XML Sitemap akan membuat sitemap, iaitu senarai bagi semua artikel dalam blog anda. Sitemap ini membantu enjin carian seperti Google dan Yahoo untuk mengetahui setiap kandungan dalam blog anda.
WP Super Cache

WP Super Cache akan membuatkan blog anda muncul dengan pantas. Para pembaca pastinya akan gemar berkunjung ke blog anda selalu.
Wordpress Database Backup

Wordpress Database Backup membuat salinan bagi semua data dalam Wordpress anda. Salinan ini adalah sangat penting sekiranya blog anda ditimpa masalah.

***

Apa yang telah disenaraikan di atas adalah plugin paling asas yang perlu anda pasang dalam Wordpress anda. Semuanya berfungsi untuk menguruskan hal-hal yang kritikal seperti kedudukan blog anda dalam enjin carian, kelajuan blog, serta backup bagi data-data.

Dalam entri akan datang, saya akan menyenaraikan lagi pelbagai plugin Wordpress yang akan menambah blog anda dengan ciri-ciri yang baru.

No comments: