Family Albom

Wednesday, September 30, 2009

Heisenberg Uncertainty Principle Explained Graphically

heisenberg1

Full story after the jump.

heisenberg

Element 114 is Confirmed

I finally got the green light to talk about element 114 publicly now that our confirmation paper is finally out.[PRL] Element 114 was first claimed to be synthesized by the Russians earlier this decade, but in order for IUPAC to recognize a new element it must be independently confirmed. Making new elements is no easy feat, it takes a lot of dedicated time at cyclotrons to perform these experiments. Because cyclotron time is so precious, it is difficult to get approval to do an experiment that simply proves an other research group’s results. Two of the main reasons we ran this experiment and got approval was to test our new plutonium target box setup and :ahem: disprove the Russians made these elements, but that is not what we observed.

The Russians have a history of publishing their results internally and not submitting their results to peer review. This creates internal reports that have results that sometimes contradict each other. However, in 2007 Orgenessian et. al published a summary of their results in the peer-reviewed Journal of Physics G.[JPhysG] They claim to have seen the following.


In summary they saw two isotopes of element 114, 286114 that decayed to element 112 and 287114 that also decayed to element 112 and then sometimes spontaneously fissioned or mostly decayed to element 110 (darmstadtium). Our own data showed that…

If you make an isotope like 287114 and observe it decay to the known elements 112 and then to darmstadtium, there is little doubt it exists.

Congratulations all around. Hopefully they propose a better name for element 114 that is less divisive than Kurchatovium, the name they proposed for element 104 after the Soviet atomic bomb project leader.

Link to Confirmation Paper: Independent Verification of Element 114 Production in the 48Ca+242Pu Reaction

Press Release: Superheavy Element 114 Confirmed: A Stepping Stone to the Island of Stability

Mitch

tl;dr Element 114 was made independently of the Russians and now they can name it.

Copernicium ; Cp, element 112

There has been a fuss over abbreviating Copernicium as Cp for element 112.[RSC][Nature] As IUPAC is dominated with synthetic people, I always figured the discover’s original suggestion wouldn’t last long and it hasn’t. I received this link from Darleane Hoffman: NAME AND SYMBOL OF THE ELEMENT WITH ATOMIC NUMBER 112

Abstract: A joint IUPAC/IUPAP Working Party (JWP) has confirmed the discovery of the element with atomic number 112. In accord with IUPAC procedures, the discoverers proposed a name, copernicium, and symbol, Cn, for the element. The Inorganic Chemistry Division recommended these proposals for acceptance and it was adopted by IUPAC by the Bureau on (date to be inserted) as delegated to act by the IUPAC Council meeting on 12 August 2007.

Apparently this happened rather early in the process, as early as July. So all the fuss over the use of Cp has been for naught.

Mitch

TIPS

“SUDAH puas mencuba, tetapi masih tidak berjaya. Macam-macam kaedah kami cuba, nampaknya belum ada rezeki untuk dapat anak kedua. Anak pertama sudah bersekolah dan asyik bertanya bila boleh dapat adik. Dia teringin hendak ada adik macam kawan lain,” luah seorang teman.

Katanya, mereka tiada masalah kesuburan kerana dia mengandung selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga. Sebenarnya banyak pasangan turut menghadapi masalah untuk mendapat anak kedua, walaupun mencuba pelbagai cara.

Isu kesukaran mendapat anak adalah perkara kompleks dan sensitif. Ada pasangan bercerai berai kerana isu ini. Malah, ada lelaki mengambil kesempatan menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk berkahwin lagi. Sebelum sebarang keputusan diambil, banyak perkara perlu dipertimbangkan, termasuk tabiat dan gaya hidup anda.

Semua orang tahu tahap kesuburan menurun dengan peningkatan usia, terutama bagi wanita. Bagi lelaki pula, mereka masih berpeluang mempunyai anak walaupun berusia 60 tahun kerana sperma dihasilkan sepanjang hayat.

Secara purata, kebanyakan lelaki mengeluarkan kira-kira 120 hingga 600 juta sperma setiap kali ejakulasi. Bagaimanapun, 90 peratus daripadanya tidak mampu berenang memasuki rahim dan hanya satu iaitu sperma yang benar-benar cergas dan sempurna berjaya mensenyawakan telur dalam tiub fallopian.

Telur yang disenyawakan pula mengambil masa kira-kira 96 jam untuk ada di dalam tiub fallopian sebelum sampai ke rahim. Terlalu awal atau lewat sampai ke rahim akan menyebabkan kehamilan tidak berlaku.

Ketika ini, paras semua hormon yang diperlukan untuk mengandung mestilah pada tahap optimum supaya lapisan dinding rahim yang menjadi tempat telur melekat (dan membesar menjadi embrio) boleh terbentuk dengan sempurna.

Bagaimanapun, keadaan optimum ini kadangkala sukar diperoleh dan ini menyebabkan pasangan perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan anak. Pakar sakit puan mengatakan peluang mensenyawakan telur dan mengandung hanya 25 peratus setiap bulan, tidak kira berapa kali hubungan seksual diadakan.

Kesuburan adalah anugerah yang perlu dihargai dan dipelihara. Banyak faktor boleh menjejaskan kesuburan seseorang, sama ada lelaki atau wanita. Untuk mengekal dan meningkatkan kesuburan, wanita perlu:

* Mengawal berat badan. Jika dapat, kekalkan berat badan yang seimbang. Berat badan berlebihan boleh menyebabkan masalah ovulasi (pengeluaran telur) dan kitaran haid mungkin terganggu atau terhenti terus jika terlalu kurus.
* Kurangkan pengambilan kafein. Ada kajian menunjukkan pengambilan kafein melebihi 500 miligram sehari boleh melewatkan kehamilan. Biasanya secawan kopi mengandungi antara 80 hingga 175 miligram kafein. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kaedah penyediaan dan jenis kopi diambil. Bertukarlah kepada kopi tanpa /rendah kafein.
* Kurangkan pengambilan alkohol, atau lebih baik berhenti terus. Alkohol berlebihan akan menjejaskan peluang wanita untuk hamil kerana ia merencatkan proses ovulasi.
* Bersenam secara tetap dan teratur. Senaman bukan saja dapat membantu mengekalkan berat badan, tetapi turut menjadikan anda lebih sihat dan cergas. Ia juga akan menguatkan badan untuk melalui kehamilan tanpa masalah. Senaman juga boleh mengurangkan risiko mengalami masalah sembelit dan vena varikos (urat kaki menjadi kembang dan berbelit) yang biasa dihadapi wanita mengandung.
* Jalani pemeriksaan hormon melalui ujian darah. Ini adalah masalah biasa yang menyebabkan wanita sukar mengandung.
* Berhati-hati mengambil ubat. Kebanyakan ubat, termasuk pil tahan sakit, antibiotik, ubat tekanan darah tinggi dan anti kemurungan memberi kesan terhadap kesuburan anda. Sebaik-baiknya, ambil ubat apabila diarahkan saja.
* Buat pemeriksaan rahim. Masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau sista ovari boleh menjejaskan peluang untuk mengandung. Endometriosis (lapisan tisu yang tumbuh di luar rahim) akan menyebabkan haid menjadi lebih banyak dan sakit. Kehadirannya juga meningkatkan risiko mengandung luar rahim.

Selain itu, kitaran haid tidak tetap dan lama (melebihi seminggu), kerap mengalami senggugut, pernah keguguran melebihi dua kali, mempunyai bulu roma yang banyak dan lebat terutama pada muka, berlebihan berat badan, mempunyai masalah kesihatan (diabetes, lupus atau tekanan darah tinggi) juga boleh mengurangkan peluang untuk mengandung.

Lelaki juga boleh mengalami masalah penurunan tahap kesuburan. Kira-kira 30 peratus masalah kesuburan berpunca daripada lelaki. Bagi lelaki subur pun, mereka tetap boleh mengalami masalah jika mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan kualiti dan kuantiti sperma ialah:

* Berhenti merokok. Asap rokok boleh menyebabkan mencacatkan sperma yang baru terhasil. Kajian menunjukkan bilangan sperma akan meningkat dengan cepat sebaik lelaki berhenti merokok.
* Kurangkan minum minuman beralkohol. Tahap kesuburan 40 peratus lelaki meningkat apabila pengambilan alkohol dikurangkan.
* Ambil vitamin. Tidak ramai lelaki menitikberatkan soal pengambilan vitamin kerana beranggapan mereka sihat dan makanan membekalkan cukup keperluan harian. Bagaimanapun, anggapan ini kurang tepat kerana banyak vitamin hilang atau musnah ketika proses penyediaan dan memasak. Kekurangan vitamin C dikatakan boleh menyebabkan sperma melekat antara satu sama lain. Justeru, lelaki disaran mengambil sekurang-kurangnya 2,000 miligram vitamin C setiap hari.
* Elak keadaan terlalu panas atau memakai seluar ketat. Elak juga terlalu kerap mandi air panas dan sauna kerana ia boleh menjejaskan penghasilan sperma berkualiti.
* Jauhi punca pencemaran seperti bahan kimia, racun serangga perosak, lead dan larutan organik.
* Rancang masa untuk bersama isteri. Hubungan seks boleh dilakukan selang sehari jika anda merancang mendapat anak. Hubungan seks yang terlalu kerap (setiap hari) boleh mengurangkan bilangan sperma. Bagaimanapun jika tempoh antara hubungan seks itu terlalu lama, sperma yang dikeluarkan pula tua dan kurang aktif.

isuhangat.blogspot.com/2007/11/sukar-hamil.html

Punca Isteri Sukar Mengandung

Punca Isteri Sukar Mengandung

Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.

Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung
kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung. Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya.Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan
alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak ? mengandung. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.

Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.
Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami
isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik.. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung. Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”
“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah.
“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab. Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.
“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastiann hipotesis awal saya.
Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”.
Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh.Semoga Allah memberikan zuriat (mengandung dan melahirkan anak),amalkanlah nasihat berikut:

Elakkan:
- Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
- Makan junk food,
- Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk
mangga dan ceremai.
- Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza.
- Makan burger dan naget
- Makan jambu batu.
Suami pula dikehendaki meminum susu lembu tepung fullcream atau susu segar.
Kalau merokok perlu berhentikan tabiat ini.Tidak ketinggalan
dari petikan akhbar hari ini, si isteri juga kena minum susu lembu
sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
Coca cola dan Pepsi Cola was invented by American Jews dengan satu objektif iaitu untuk merosakkan kesuburan manusia. Itulah sebabnya mereka begitu bersungguh-sungguh memasarkan produk ini diserata dunia.
Namun ironinya ialah dinegara mereka sendiri iaitu Israel, produk Coca Cola dan Pepsi Cola tidak ada dijual kerana sememangnya mereka ingin meramaikan bangsa Yahudi.
Namun apa yang penting sekali sebelum melaksanakan tip atau petua ini ialah mendapat redha Allah.

http://www.shukur.org/
Wanita:
Seorang Wanita Yang lambat Dapat Anak, tidak semestinya mandul, lebih tepat mereka ini ditakrifkan sebagai 'kurang subur' atau belum ada rezeki lagi.

Antara faktor Kenapa Seseorang Wanita itu Kurang Subur ialah:-

* kerana kegemukan
* kurang nafsu seks, dingin, kurang setubuh
* telur atau ovum tidak menetas, jika menetas, telur kecil ' grade c'
* kerana kesan sampingan ubat-ubat yang kuat sperti ubat kencing manis, ubat perancang atau kesan makan jamu atau akar kayu yang panas untuk slim atau lain-lain sebab.
* mungkin kerana haid atau darah bulanan tidak teratur ' irregular period'
* senguggut, sakit bulanan, endometrosis
* PCOS atau ketumbuhan berangkai
* fibroid, tumour atau kanser rahim
Sesuatu penyakit yang serius.
* rahim kedudukan tidak sempurna, rahim terbalih atau retroveted.
* mungkin ada fungus, bakteria atau jangkitan kuman pada rahim

Lelaki:
MENGIKUT pandangan pakar pemakanan ada beberapa jenis vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan mutu, bilangan dan kualiti sperma.

Salah satu komponen penting ialah zink. Zink penting untuk proses pembahagian sel dan penghasilan sperma yang sihat. Ia adalah salah satu mineral yang penting dalam fungsi seksual seseorang lelaki.

Ini kerana zink diperlukan dalam metabolism hormone testosterone; perkembangan buah zakar; penghasilan sperma dan terbabit dalam proses pergerakan dan menambah jumlah sperma.

Zink juga menjadi unsur penting dalam mengurangkan lebihan hormon estrogen dalam badan lelaki. Kajian menunjukkan apabila seseorang lelaki mengalami proses ejakulasi, beliau akan kehilangan 5mg zink dari badan.

Pengambilan alkohol juga akan mengurangkan paras zink dalam badan. Saudara boleh meningkatkan pengambilan zink dengan mengambil makanan seperti daging, ayam, ikan, telur kekacang dan bijirin seperti oat.

Selain itu, saudara juga boleh mengambil zink dalam bentuk supplement yang banyak dijual di pasaran. Selain dari zink, ada beberapa vitamin dan mineral yang boleh diambil untuk kesihatan sperma.

Antaranya ialah:

•Amino asid
•Vitamin A
•Vitamin B6
•Vitamin B12
•Folate
•Vitamin C
•Vitamin E
•Selenium
•Coenzyme Q
•Asid Lemak yang penting seperti Omega 3 DHA dan Omega 6

Selain itu, ada beberapa perkara yang perlu dielak bagi mendapatkan sperma sihat.

Antaranya ialah:

•1. Elak dari terdedah kepada suhu tinggi. Ini kerana sperma akan berfungsi dengan baik pada suhu 32 darjah celcius. Oleh sebab itu, buah zakar terletak di dalam kerandut zakar untuk memastikan suhu buah zakar lebih rendah dari suhu badan. Elak memakai seluar dalam ketat atau athletic support. Lebih baik, jika saudara memakai boxer pada siang hari dan kain ketika malam. Kurangkan mandi di sauna atau mandi dengan air yang terlalu panas. Elak juga dari memandu atau duduk terlalu lama tanpa rehat.

•2. Elak dari mengalami tekanan berterusan.

•3. Elak dari mengambil alkohol. Ini kerana alkohol akan mengganggu sekresi hormone testosterone, mempercepatkan perubahan testosterone ke estrogen dan mengurangkan bilangan sperma serta libido.

•4. Berhenti merokok. Ini kerana merokok meningkatkan bilangan free radicals di dalam badan yang akan merosakkan sel. Ia akan mengurangkan bilangan sperma dan pergerakannya serta meningkatkan jumlah sperma yang tidak normal bentuknya. Free radical bertanggungjawab ke atas 40 peratus pemusnahan sperma.

•5. Kurangkan pengambilan kafein. Ini kerana kafien akan menjejaskan penghasilan sperma, mengakibatkan keabnormalan kromosome dan menjejaskan pergerakan sperma.

Selain dari mengamalkan pengambilan supplement, saya nasihatkan saudara berjumpa dengan pakar urologi atau fertiliti. Ini kerana ada beberapa masalah yang menyebabkan kemandulan boleh dirawat melalui pembedahan.

Ini termasuk masalah seperti varicocele. Ujian air mani perlu dilakukan untuk mengetahui jumlah dan bentuk sperma. Saudara juga mungkin perlu menjalani ujian ultrasound pada buah zakar untuk mengetahui saiz buah zakar.

Proses ini juga untuk memastikan anda tidak ada masalah seperti varicocele. Biopsi pada buah zakar juga mungkin dilakukan untuk mengetahui status sebenar sperma di dalam buah zakar. Pembedahan kecil pada kerandut zakar perlu dilakukan untuk tujuan ini.

sekian

Doa memohon mendapatkan zuriat

ini petikan daripada buku dr. haron din....
Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-ayat dan Doa-doa Mustajab
mungkin boleh dicuba dan diikhtiarkan oleh semua yang mahukan zuriat....

Doa memohon mendapatkan zuriat
Untuk rawatan kepada yang tidak memperoleh zuriat, kombinasi bacaan doanya ialah seperti berikut:
1. Surah al-Fatihah
2. Baca doa berikut...doa memohon zuriat....
- surah al-anbiya`, ayat 89
- surah ali imran, ayat 38
- surah al-anbiya`, ayat 30
3. Doa berikut sebanyak 7x:
" subhana man amruhu bainal kaafi wannun, subhana man amruhuu izaa araada syaian aiyakula lahuu kun fayakun, as alullahal a`zhima robbal `arsyil `azhim aiyashfiyaka."

maknanya:
Maha Suci Tuhan yang urusannya antara "kaf" dan "nun". Maha Suci Tuhan yang urusannya apabila Dia menghendaki sesuatu, Ia berkata " Jadilah", maka akan jadilah. Aku bermohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan yang memiliki `arasy yang agung agar Dia menyembuhkan dikau.

Doa Sebagai Ikhtiar Mendapatkan Zuriat

malam tadi sempat menonton SEMANIS KURMA kat tv 9 tajuk ;dugaan tanpa zuriat'
banyak ilmu yang diberikan oleh ustazah siti norbayah dan suaminya
antara2 doa yg sering ditekankan rasanya dah ada kak ummi post kat page 1

surah anbiya ayat 89
surah ali imran ayat 38
doa nabi zakaria
serta ayat 200 surah ali imran untuk melembutkan hati suami ataupun isteri
yang mana susah nak diajak untuk berubat

ustazah turut menekankan kepentingan bacaan al quran semasa hamil
selain tu dalam membesarkan anak juga disarankan sentiasa mengalunkan
ayat suci al-quran
antara surah2 yg digalakkan diamalkan semasa hamil
surah al-fatihah
surah maryam
surah yusuf
surah al-hujrat
surah yassin (ketenangan hati dan jiwa)

petua

saya ada petua: 1) hancurkan hempedu arnab bersama madu dan ir didih nasi lalu minum. 2) mkn taugeh mentah setiap hari. uat smpai 5 bln. blum 5 bln dak mengandung agaknya la. 3) baca al-fatihah 41 kali di antara solat sunat dan fardu selama 40 hari berturut2 dgn tiada lebih atau kurang. 4) jika nak bb boy air mani suami hendaklah di pancut terlebih dahulu dari perempuan. kemudian isteri tidur mengiring ke kanan. begitulah sebaliknya klu nak bb gurl. cubala. saya pernah cuba petua yang ke-3 tu. saya cuba masa semggu lps raya tahun 2008. mak ngah saya yang suh amalkan. tapi kan perempuan ada period kan. mana bleh wat smpi 40 hari berturut-turut. mak ngah saya kata bleh suh suami sambung. macam pass betten plak. pastu saya wat dlu. suami kata klu saya period pass kat dia. tapi saya tak period-period. saya bleh wat 40 hari. saya pun heran. saya check positif pregnant. tapi semggu lps tu saya demam. mmg demam teruk. panas sgt badan. pas tu dr bagi panadol n antibiotik. saya ada terbaca klu org prgnt tak bleh mkn antibiotik. tapi pelik doc tu kasi. saya tak makan. saya mkn panadol. pastu lps baik demam, bleeding skit. check spital dia kata kantung masih ada lagi. jaga jer btul2. dia ada bagi date la suh scan tuk tgk bb develop. tapi darah still kuar. semggu sblm jumpa doc darah da benti. gi check doc, dia kata tak da bb. check urine da -ve. sedih jer. doc kata bb bleeding tu gugur. tak da rezeki. ada hikmahnya. kwn saya kata dia doc la, dia kata ibu klu mengandung ni tak baik tuk kandungan. tapi tak per la cuba lagi. pas tu sampai ni saya tak amalkan lagi petua tu. tapi saya ingat nak start balikla. al-fatihah kan umul kitab. saya nak startla. about perjumpaan tu kak bila nak watnya tu. klu area kl ni okla. insyaalllah bleh saya gi. skang ni saya tak amik aper2 ubat tuk megandung. saya just amik folik asid, minum susu materna dan mkn buah kurma. suami minum susu dan mkn buah kurma. tiap-tiap pagi kami amik. malas nak bli produk mahal2. dah abis banyak duit tau. biodex, sendayu tinggi, gamogen dan homeopati. tak jadi per. sejak bli barang2 tu saya tak menyimpan. kami plan kami nak simpan duit, klu tak mengandung gak dalam tahun ni, next year kami nak wat bayi tabung uji. yala next year umur pun da 27 tahun. kang klu lmbt peratus nak prgnt dah kecil. tapi kami harap tak yahla wat benda tu sume. klu bleh semulajadi. kami doa je banyak2. tahun depan da menjangkau 5 tahun perkahwinan.

Doa untuk dapat zuriat.

Doa untuk dapat zuriat.

Umat Islam digalakkan berdoa kerana ianya merupakan otak ibadah. Di dalam AlQuran terdapat himpunan doa-doa yang diberi oleh Allah untuk kita bacakan setiap hari.

Ikutilah contoh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Zakaria a.s., masing-masing tidak putus-putus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh. Mereka diduga sehingga usia yang tua dan uzur sebelum mendapat zuriat.

Doa Nabi Ibrahim a.s.

Allhuma innaka ta’lamusirniiwa’alaa niyati faqbul ma zrotii wa ta’lamu haajatii fa a’thinii su’lii wa ta’lamu maa fii nafsii faghfir lii zanbii

Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.’

Doa Nabi Zakaria. a.s.

Robbi laa tazar dan wantakhoirul waaa rithiin

Tuhanku, janganlah engkau tinggalkan daku seorang diri padahal engkau Tuhan yang paling baik dari segala orang yang mewarisi

Surah Al-Anbiya:21:89

Robbi hablee miladunlakaa zurritontoiyiban innaka samii uddoa

Tuhanku, berilah kepadaku dari sisi-mu keturunan (anak) yang baik, sesungguhnya engkau Tuhan yang sangat mendengar doa

Surah Ai Imran 3:38

Doa sebelum persetubuhan

BIsmillahi Allhuma jannibnas syaithoona wa jannibis syaithoona maa rozaqn tanaa.

Dengan nama Allah , Ya Allah ! jauhkanlah kami daripada syaitan dan juahkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami (anak)

Doa ini amat penting diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri bacaan doa sebelum melakukan persetubuhan demi untuk menghindar dari gangguan syaitan keatas janin kerana diriwayatkan bahwa setan boleh menganggu apabila pembentukan janin berlaku. Mungkinkah ini yang menyebabkan kecacatan pada janin dan kehamilan Molar.

petikan :http://www.hamidarshat.com/content/view/58/216/

sumber http://www.ipislam.edu.my/

Tiips atau Petua Untuk Mendapatkan Anak Atau Zuriat

Tiips atau Petua Untuk Mendapatkan Anak Atau Zuriat

Amalan
Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam)setiap awal pagi – utk sisuami
Buat senaman batin tiap2 x bgn tido waktu pagi-utk lelaki
Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid.. insyallaah.. jika diamalkan berhasil
Doa Nabi Zakaria
surah AlWaqiah selepas subuh
lepas maghrib amalkan AlMulk (kekuasaan Allah).
Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.

Diet Pemakanan
Badam (almond) 5 Biji tiap hari
Buah Delima
Buah Zaitun
Buah Kurma
Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid la.. pastu amik seafood, amik supplements, salah satunya spirulina amik secara tetap about 30 tablets everyday, makan sayur & buahan. Hubby banyak makan berasid cam daging, ayam etc.
Jangan minum ais dan minum air kelapa

sembang melayu.com

MENENTUKAN KESUBURAN WANITA

MENENTUKAN KESUBURAN WANITA

Wanita menjadi subur sebaik sahaja mencapai akil baligh, iaitu
apabila haid pertamanya keluar. Secara purata, kanak-kanak perempuan
di Malaysia mencapai akil baligh dalam lingkungan 12 tahun. Tempoh
kesuburan berlangsung sehingga usia wanita dalam lingkungan 48 tahun
iaitu apabila berlaku putus haid. Dalam jangka masa 36 tahun waktu
suburnya itu, wanita akan mengalami beberapa kali kehamilan dan
kelahiran sekiranya dia berumahtangga. Setiap wanita yang ingin hamil
mestilah subur iaitu dia berkeupayaan mengeluarkan telur atau
benihnya. Benih perempuan hanya keluar sekali dalam satu pusingan
haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.

Oleh sebab itulah, apabila wanita datang menemui saya setelah sekian
lama mendirikan rumahtangga tetapi masih belum mempunyai anak,
perkara pertama yang saya lakukan ialah mengesan kesuburannya dengan
melakukan beberapa ujian dan pemeriksaan tertentu. Ujian dan
pemeriksaan ini adalah unutk menentukan pengeluaran benihnya sama ada
normal ataupun tidak. Terdapat beberapa cara bagi menentukan
seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah benih
itu keluar. Waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau
fertile period. Persetubuhan perlu dilakukan pada waktu ini untuk
menjayakan kehamilan, atau jauhkan waktu ini untuk mengelakkan
kehamilan. Pusingan Haid Wanita yang mempunyai pusingan haid teratur
setiap bulan biasanya subur. Pengeluaran benih ini berlaku pada hari
ke-13 atau 14 dikira dari hari pertama keluar darah haid.

Satu pusingan haid dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah
sehari sebelum haid datang semula. Satu pusingan ini biasanya
meliputi jangka masa 28 hari hingga 30 hari. Adalah penting bagi
setiap wanita yang inginkan anak mencatat tarikh bagi keluaran haid
dalam satu buku kecil yang mengandungi carta suhu badan. Buku ini
boleh didapati di klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluara
Negara (LPPKN). Ada beberapa tanda yang berlaku pada waktu
pengeluaran benih seperti rasa sakit atau senak di bahagian bawah
perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan.
Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan
atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik
sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan
pekat.

Catatan Suhu Badan
Setiap wanita yang ingin meningkatkan kesuburan perlu mencatatkan
suhu badannya dalam satu carta khas yang boleh didapati di klinik
LPPKN. Suhu badan perlu disukat dengan mengggunakan jangka suhu khas
yang digelar ovulation thermometer. Alat clinical thermometer yang
biasa digunakan untuk menyukat suhu badan tidak sesuai untuk tujuan
ini. Suhu badan perlu disukat sebaik sahaja bangun tidur tetapi
sebelum meninggalkan tempat tidurnya untuk memberus gigi dan mandi.
Jangka suhu perlu disediakan pada malam sebelumnya, iaitu dengan
menggoncangkan supaya tanda raksa turun ke paras paling rendah.
Apabila hendak mengambil suhu badan, jangka suhu dimasukkan ke dalam
mulut selama dua atau tiga minit. Sukatan suhu badan kemudian
dicatatkan pada carta khas dan ini patut dibuat tiap-tiap hari
melainkan pada hari wanita itu dalam haid. Satu muka carta baru
digunakan bagi pusingan haid yang berikutnya. Carta suhu badan ini
memberi maklumat penting kepada doktor dan jururawat. Ia akan
menunjukkan sama ada wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan
bila benih itu keluar. Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada
hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ia meningkat naik
sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan
berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Jika bentuk ini
tidak kelihatan pada carta, mungkin ini menandakan wanita tersebut
tidak mengeluarkan benih dan seterusnya dia tidak boleh hamil.

Ujian Darah
Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk
menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon
progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid.
Wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid
sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya
tidak subur kerana benihtidak keluar dengan teratur. Dalam hal
demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah
tersebut. Antara ujian yang penting ialah meyukat paras hormon dalam
aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.

Ujian D & C
Ujian D & C selalu dikatakan oleh doktor pada wanita yang kurang
subur. Dalam tatacara pembedahan yang kecil ini, saluran pangkal
rahim wanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang
rahim kemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage.
Tatacara ini memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal
rahim mereka sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih
lelaki ke dalam sistem peranakan. Melalui proses mengikis ruang rahim
ini juga tisu yang tidak normal dapat dikeluarkan untuk membolehkan
kehamilan berlaku. D & C juga boleh dilakukan untuk mengetahui sama
ada seseorang wanita itu boleh mengeluarkan benih atau tidak. Ini
hanyalah satu bukti secara tidak langsung bagi menentukan pengeluaran
benih wanita. Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu
memancutkan air berwarna ke dalam saluran peranakan keteika melakukan
D & C itu. Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama ada salur
fallopian terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang
dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa sekarang kerana
seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai keadaan saluran
peranakan tersebut.

Pemeriksaan Fizikal
Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklan buah
dada, kilang tiroid pada leher dan sistem peranakan. Pemeriksaan
leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid
yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan
seterusnya mengganggu pengeluaran benih. Pemeriksaan buah dada pula
bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana
jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah
wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini
mengganggu pengeluaran benih perempuan.

Pemeriksaan Sistem Peranakan
Pemeriksaan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada
system peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini
melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari.
Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system
peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan
peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar
sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.

Jangkitan Faraj
Penyakit jangkitan kuman pada faraj atau vaginitis dan pada pangkal
rahim atau cervicitis yang biasanya ditandai dengan lelehan keputihan
boleh mengganggu benih lelaki. Pangkal rahim menjadi luka dan merah
yang dikenali sebagai cervical erosion atau ditandai oleh ketumbuhan
seperti polip. Ketumbuhan yang bukan jenis kanser iatu fibroid juga
boleh berlaku pada rahim. Ada juga wanita yang mempunyai sistem
peranakan yang tidak normal sejak dilahirkan iaitu congenital
abnormality. Semua gejala yang disebutkan itu boleh menyebabkan
masalah kesuburan.

Pemeriksaan Laparoskopi
Ini adalah satu pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut
wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini
dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah
pusat dan menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari,
salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit
yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang
sewajarnya perlu diberi. Pemeriksaan laparoskopi adalah sangat
penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan
jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan
melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh
ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini
kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran
peranakan. Mengikut kajian kita, kejadian penyakit ini kian
meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman
sekarang yang melambatkan perkahwinana ataupun menangguhkan kehamilan
dan kelahiran anak. Wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada
secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman
khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh
menjadi rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada
kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih. Sesetengah
penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada
masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan
selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk
mengatasi masalah saluaran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan
ketumbuhan pada rahim atau ovari. Untuk melakukan pemeriksaan
laparoskopi, wanita berkenaan perlulah dimasukkan ke hospital,
biasanya selama dua malam. Dia akan dibius bagi menjalani pemeriksaan
ini. Di Pusat Pakar Kesuburan LPPKN, pemeriksaan laparoskopi kerap
dilakukan dengan tidak perlu wanita tersebut bermalam di wad. Mereka
hanya perlu datang ke pusat tersebut pada sebelah pagi dan boleh
pulang pada hari yang sama.

Ujian Hysterosalpingogram
Jika terdapat saluran peranakan tersumbat, ujian lain diperlukan.
Ujian yang dimaksudkan ialah X-ray yang digelar Hysterosalpingogram.
Ini adalah satu ujian khusus untuk melihat ruang rahim dan juga
saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray
diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke
dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil.
Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi
sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur
dikhuatiri pendedahan bahangan X-ray terhadap bayi jika kehamilan
telah berlaku.

sumber sembang melayu

Khas untuk

Khas untuk bakal pengantin dan juga yang dah jadi pengantin

Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul Ghaib yang terkandung dalam Surah Al-An’am ayat 59 yang mermaksud, ” Dan pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri.”

Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim ibu yang hamil. Siapakah yang menentukan jantina janin itu, sedang bentuk dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian “Mafatihul Ghaib” tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina,lelaki dan perempuan.

Kesimpulannya: “Sel telur yang menghamilkan kerana masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah. Kekadang letaknya disebelah kanan, kekadang di sebelah kiri. Bila sel telur terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan.”

Menurut keterangan Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oleh doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu, hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidak mampuan pihak wanita dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.

Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut.

Caranya:

1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.

2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.

3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.

Teori ini juga merupakan daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini,namun hasilnya di luar batas kemampuan manusia. Semuanya ditentukan Allah SWT. Namun kita digalakkan berikhtiar.

Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi’i Beyk dari Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya “Al Azmatus Zaujiyah wa’ilajuha” -”Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil hingga 8 bulan setiap hari 3 kali – 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki. Teori ini amat praktis dan mudah dilakukan.Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan dapat dirasai apabila telah mencuba.

Amalan suami semasa isteri mengandung.

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :

a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT

b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.

h. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.

i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi.

Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih saying terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, ” La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin ” maksudnya ” Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. ”

f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

Dorongan Suami semasa isteri bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu. .

Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak

1. Menanam uri – Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

2. Mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

3. Mendoakan anak – Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.

Lima perkara yang mempengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa

a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.

b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.

c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.

d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.

e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa.

Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu:

a) Doa agar anak patuh kepada Allah – Al Bagarah : 128

b) Doa agar diberi anak yang baik – Al Imran : 38

c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati – Furqan : 74

d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat – Ibrahim : 40

e) Doa ketika memberi nama anak

Panduan menamakan anak

Sunat memilih nama yang baik. Memberikan nama merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.

Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: “Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. ” (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi).

Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka’abah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.

Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang. Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia.

Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak.

Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak. Memberi gelaran kepada anak Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya.

Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.

Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah.

Siapa yang berhak, ayah atau ibu?

Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasya’at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasabkan kepada ayah bukan ibu.

Penyembelihan aqiqah

Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah “Sunat Muakkad”. Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.

Hikmah aqiqah.

a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.

b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.

c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.

d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.

e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.

f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.

g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.

h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.

i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.

j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, “Sembelihlah atas namanya”. Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.

k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.

l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri, sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.

m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.

n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.

o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.

Mengkhatankan anak

Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan. Hukum berkhatan Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib.

Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW.

Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Rasulullah dilahirkan sudah berkhatan dan juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail.

Hikmah dan kelebihan berkhatan

a. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan.

b. Menyempurnakan tuntutan syara’ yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.

c. Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.

d. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat.

e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.

f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandung makna yang mendalam.

Mendidik moral anak

Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa. Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 – 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya :

a. Pendidikan supaya bersyukur b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya. e. Pendidikan tentang soalt f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar g. Pendidikan supaya bersabar h. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh i. Pendidikan kesederhanaan

Erti anak bagi orang tua

Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun disebalik ke bahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:

1. Anak sebagai rahmat Allah SWT

2. Anak sebagai amanat Allah SWT

3. Anak sebagai harta yang tergadai

4. Anak sebagai penguji keimanan

5. Anak sebagai alat untuk beramal

6. Anak sebagai saham di akhirat

7. Anak sebagai sumber kebahagiaan

8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua

9. Anak sebagai penyambung cita-cita

10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan

Hasil pencarian….

Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat Ustazah Siti Nor Bahiyah

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1.
Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2.
Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3.
Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4.
Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5.
Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

*
Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatanSurah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

PEPERIKSAAN

Peperiksaan Merupakan Proses Bagi Menilai Sejauhmana Kefahaman Pelajar Terhadap Pelajaran Yang Telah Dipelajari
Belajar Untuk Belajar
-Jangan Takut Pada Peperiksaan
-Semua Orang Perlu Menduduki Peperiksaan
-Sebenarnya, Kejayaan Dalam Peperiksaan Bergantung Kepada Rajin Dan Cara Belajar.

Kenal Pasti Cara Belajar
-Anda Perlu Memilih Masa Untuk Belajar@Mengulangkaji
-Berikan Tumpuan Kepada Semua Mata Pelajaran
-Disiplin Diri Anda, Lawan Kehendak Yang Negatif.

Klik Read more di bawah untuk bacaan selanjutnya

Follow up:


Teknik Belajar
-Jika Di Amalkan Secara Disiplin Akan Menjadikan Anda Seorang Pelajar Yang Bertanggung Jawab.
-Jika Anda Dapat Merancang Teknik Belajar Yang Berkesan Ia Akan Menghasilkan Sesuatu Yang Positif.

Sikap Di Dalam Kelas
-Pelajar Yang Berjaya,Adalah Mereka Yang Berkelakuan Baik Di Dalam Kelas, Terutama Semasa Cikgu Mengajar.
-Mereka Memberi Tumpuan Dan Tidak Menjadi Virus Kepada Orang Lain.

Masa Dalam Kelas Sangat Penting
-Tumpukan Sepenuh Perhatian Kepada Penerangan Guru.
-Sekiranya Guru Membuka Perbincangan Dalam Kelas, Ambil Bahagian.
-Kemukakan Masalah Terhadap Apa Yang Anda Tidak Faham

Buat Persediaan Sebelum Masuk Ke Kelas
-Baca Buku Sebelah Malam,Kerana Ia Akan Memudahkan Anda Memahami Apa Yang Di Terangkan Oleh Guru.
-Baca Bahan Bacaan Tambahan,Seperti Majalah Atau Bahan Dari Internet.

Bina Keyakinan Diri Semasa Didalam Kelas
-Kenalkan Diri Anda Dengan Guru
-Bersedia Untuk Mempelajari Sesuatu Subjek Itu.
-Jangan Lupa Bawa Buku Teks
-Bawa Buku Catatan Semasa Di Dalam Kelas.
-Buat Semua Tugasan Yang Di Berikan Oleh Guru Anda

Mendengar Secara Berkesan
-Mendengar Dan Memberi Perhatian Memudahkan Anda Mengingat Kembali Apabila Membuat Ulangkaji.
-Fokus Kepada Apa Yang Di Sampaikan Oleh Guru Anda
-Jangan Berangan-Angan Dalam Kelas.

Belajar Merancang Masa
-Jangan Pilih Mata Pelajaran Yang Di Gemari Sahaja.
-Jangan Habiskan Waktu Dengan Menonton Televisyen.
-Buat Jadual Belajar Yang Padan Dengan Kemampuan Anda.

Buat Jadual Waktu Belajar
-Cuba Kenalpasti Pelajaran Apa Yang Anda Lemah.
-Pastikan Setiap Hari Anda Belajar, Sekurang-Kurangnya Satu Jam Untuk Setiap Pelajaran. Dan Dalam Masa Seminggu Semua Anda Telah Pelajari/Buat Latihan

Bosan,Bosan Apa Ubat Nya
-Cuba Tanya Diri Anda, Mengapa Sering Rasa Bosan.
-Lawan Diri Anda Atasi Bosan.
-Jika Ada Masalah Peribadi Cepat-Cepat Selesaikan.
-Tanya Mengapa Anda Perlu Belajar.Untuk Motivasikan Diri Anda.

Strategi Ulangkaji
-Mulakan Ulangkaji Awal-Awal Lagi.
-Punca Malas Belajar Kerana Kita Tidak Faham
-Baca Berulang Kali, Baca Semua Buku Dan Baca Nota.
-Bincang Dengan Rakan-Rakan

Teknik Membaca
-Berlatih Baca Dengan Pantas, Supaya Anda Boleh Baca Berulang Kali.
-Catatkan Masa Yang Anda Ambil Untuk Membaca Sesuatu Topik.

Buat Nota Dengan Baik
-Buat Nota Atau Ambil Nota Di Dalam Kelas Secara Teratur.
-Tulis Nota Anda Supaya, Anda Minat Untuk Membacanya.
-Gunakan Pen Penanda Untuk Ayat Dan Perkataan Penting.
-Buat Nota Berasaskan Tajuk Dan Rajah Untuk Mudah Faham.

Manfaatkan Bahan Rujukan
-Gunakan Bahan Rujukan Lain Untuk Membantu Kefahaman Anda,Gunakan Kamus,Ensiklopedia Sains,Tata Bahasa Dewan, Ensiklopedia Britannica.
-Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Persediaan Pada Hari Peperiksaan
-Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk.
-Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji
-Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham.
-Tidur Dengan Cukup

Menjelang Hari Peperiksaan
-Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul.
-Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan.
-Pastikan Anda Tiba Awal
-Elakkan Dari Berbual Kosong
-Pastikan Semua Keperluan Cukup

Persediaan Emosi
-Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan
-Menjaga Hati Ibu Bapa
-Tidak Bercinta
-Terlalu Yakin
-Prasangka Negatif Kepada Orang Lain

Persediaan Fizikal
-Mengutamakan Kesihatan Badan
– Tidak Tidur Larut Malam
– Menjaga Keselamatan Diri
– Makan Makanan Secukupnya
– Riadah Yang Ringan,Sekitar 20minit Sehari

Persediaan Mental
-Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa
-Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan-Bukan
-Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan

Strategi Cemerlang Peperiksaan -1
-Mulai Sekarang Bersedia Untuk Belajar
-Buat Jadual Belajar Untuk Peperiksaan
-Mengingati Tajuk
-Buat Nota

Strategi Cemerlang Peperiksaan -2
-Latih Diri Anda Untuk Peperiksaan
-Latih Mengeluarkan Maklumat Dengan Banyak, Cepat Dan Tepat
-Latih Dalam Tempuh Masa Yang Ditentukan
- Mencari Sebab Tidak Tahu

Mengatasi Persoalan Seperti
-Saya Tidak Tahu Dimana Patut Bermula
-Terlalu Banya Untuk Dibaca Sedangkan Peperiksaan Makin Hampir
-Subjek Ini Cukup Membosankan
-Anda Baca Dan Faham, Tapi Tak Mampu Ingat

Persoalan - 2
-Anda Rasa Anda Faham Apa Yang Dibaca. Anda Rasa Anda Telah Mengingatinya
-Terlalu Banyak Untuk Dihafal
-Tadi Anda Masih Ingat Tetapi Kenapa Kini Anda Lupa
-Anda Suka Belajar Disaat-Saat Akhir

Masa Depan Yang Cerah
-Pelajar Yang Berjaya Akan Mempunyai Masa Hadapan Yang Lebih Baik.
-Kehidupan Yang Lebih Baik.

Kata Hikmat
-Keadaan Hidup Saya Tidak Akan Berubah Sekiranya Saya Tidak Berubah
-Jika Anda Gagal Merancang,Anda Merancang Untuk Gagal.Jadi,Rancanglah Kerja Anda Dan Laksanakan Rancangan Itu.

Kata Bestari
-Minda Kita Adalah Seperti Payung Terjun.Ia Hanya Berfungsi Sekiranya Ia Terbuka.

Wednesday, September 16, 2009

ganu kiter

meh pakak blajo bahase ganu kiter...

*
jauh sapok.....teramatlah jauhnye
*
panah sang (panah kettik)......panas yg teramat sgt
*
comel lote.........comel yg amat
*
ija naung..........hijau kehijauan
*
sejuk ketto........sejuk yg sgt2
*
itang lettung ( itang leggang)......tersangatlaa hitamnya
*
punoh jahnang......rosak
*
pughah hangik......hampeh gile
*
gugha bewok........gurauan yg menyebabkn pgaduh
*
air geh tujuh yu - pi cak katung jogek-jogek...air 7UP(kole beghang)
*
taik ayang muna....tahi ayam yg masih hangat
*
kona lepe.........kona lipat
*
kelecak...........terpelanting
*
nakuk paik.......penakut yg amat
*
tinggi lonjong....tinggi sgt
*
tinggi nyayuk......sama cm diatas
*
masing pekkok.....teramat masin!
*
sekak netting.....singkat sgt (kain)
*
nipih nayyang.....sgt nipis
*
maknga............cuai
*
babei.............degil (taktau nak eja camane)
*
jabir/supek/plastik ghok-ghak....plastic bag
*
koghok............tengkorak
*
kehek.............muntahkan semula
*
puahsang..........boring
*
meppeh............tak larat
*
kepeh blepeng..kempis sgt(sampai mcm
*
lempeng?)
*
lapo perut........lapar (bahse ganu yg sering
*
berangkai, sebut lapo misti ade perut)
*
ngatuk mate.......ngantuk
*
rokok cap unta nabai.. rokok camel koleberang's)
*
bodo oh lalu........bodo lebeh2 lebih2
*
koghok keghing goh....tengkorak yg sudah kering
*
(cm mengata/mengumpat)
*
kelecak baghak......terpelanting
*
kerek tlage......konkrit mengepung telage
*
tadok aghoh........habis ikhtiar
*
penuh poppok/rumbu.......penuh sampai melimpah
*
khapoh...........kerak (goreng posang etc)
*
penuh nembok......penuh sampai melimpah
*
gemuk debbok......gemuk sgt
*
kuruh kering.....sgt kurus
*
botok licing.......botak licin (rambut)
*
beso jereguk.....besar
*
kecok.............jln terhincut2
*
gege..............bising
*
suke glekek.......ketawe menggelekek
*
ketor geggor......terketar smp bergegar..hehe
*
manih leting......sgt manis
*
dulli mung........tak ambik peduli
*
musing ketang caghi-cari merate
*
letihsang.........sgt letih
*
bapok gong........sgt besar
*
gong..............sombong
*
srupe tule/supatula.......serupe je
*
beghak nanang......sgt berat
*
ringang lepung.....sgt ringan
*
ketik nnyamuk......digigit nyamuk
*
makang kkucing.....dimakan kucing
*
kattok wong........katak (siap ade bunyi tuu)
*
dop tahu starang.....tak tahu pun
*
busuk kohong....busuk gile
*
agah...org yg sombong
*
soheh dok munggg??... ko ni biar betul!!
*
makbrekmok... tuuttt(censored)
*
sewang......lbh kurang serabut jgk
*
membo nga bang......dok tahu nk explain
*
ape ke jadah ...... apa hal
*
apah nyor...... hampas kelapa
*
anguh letong...... sangat hangus
*
bata golek ..... boaster/bantal pelok
*
bronok ..... sejenis kuih yg diperbuat drpd sagu
*
bepang ....... sejenis kuih yg diperbuat drpd beras pulut
*
boloq woq ...... serabut
*
bahang ....... pukul kan!
*
Bluahh ......comot
*
culah ...... malah
*
ceekiik....... cubit-cubitan
*
dokdang ....... tak sempat
*
glising ......merekah
*
iiising ....... gile dooo
*
ikang aye ...... ikan tongkol
*
ikang kerah ekor ...... ikan cencaru
*
kheloqq ....... malu kot!
*
tunggu stor ....... malu sekejap
*
Kupik .........kedekut
*
Kembit ......mengada-ngada
*
gembik.....lebeh kurang bwh ah nk berdua2an je
*
ngerek...... selalu bwk awek kot?
*
Lembek ..... tilam
*
Lambur ....... beranda/balkoni
*
meroh merang ........merah sangat
*
memang dok arr ....... memang tak ar!
*
musing ligat ......... berpusing2
*
musing ketang ......... berpusing2
*
ngoyang ....... meroyan
*
nyekik ......... menyampah
*
nyakit nyamang ........ tidak bersangkutpaut
*
nyeh-nyeh ........ mengada-ngada
*
nisang .......gula melaka
*
skekk ..... sedikit
*
se`jek ...... masjid
*
sekut merri ......biskut merrie
*
se'eh ...... kenyang sangat
*
sorok....... drawer
*
tawor hebbe ....... tawar gile
*
tawor lembo....tawar(air)
*
tohok......buang
*
senyak tupih( senyap tuppah ).....senyap sunyi
*
tinggi sayuk....sgt2 tinggi
*
beso jallo.....sudah besar(org)
*
kecik tuik.....kecil sgt2
*
pucak kesi.......pucat
*
bising bango.....biSinG giLEr

muhasabah

Muhasabah diri-->

Kecemerlangan bermula dari dalam diri. Keimanan dan ketakwaan dapat mengubah diri malah mampu mengubah dunia.

Allah berfirman dalam surah at-Talaq, ayat 2-3 bermaksud: “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Dia (Allah) akan mengadakan baginya jalan keluar dan Allah akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”

Bagaimana mahu menjadi seorang yang bertakwa? Soalan ini pernah ditanya Umar bin al-Khattab kepada sahabat, Ubai bin Kaab.

Ubai berkata: Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?

Jawab Umar: Ya, pernah.

Ubai bertanya lagi: Apakah yang kamu lakukan ketika itu?

Umar berkata: Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh.

Ubai berkata: Itulah takwa.

Abdullah bin Mas’ud mentafsirkan takwa sebagai melaksanakan ketaatan, tidak melakukan maksiat, sentiasa mengingati Allah, tidak lalai, sentiasa bersyukur dan tidak kufur.

Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Malah, kecemerlangan di dunia dapat menjadi alat untuk mencapai kecemerlangan di akhirat.

Orang bertakwa yang cemerlang di dunia akan cemerlang di akhirat. Seorang yang mahu cemerlang di dunia akhirat boleh menjadikan tip ini sebagai panduan.

Pertama: Laburkan masa untuk merancang hidup.

Kedua: Tentukan matlamat kerana matlamat yang jelas memudahkan perjalanan hidup agar tidak menjadi seperti kapal tanpa nakhoda yang hanyut dipukul ombak.

Ketiga: Tentukan keutamaan dalam hidup anda, letakkan kehendak Allah di depan.

Keempat: Lakukanlah perkara yang betul dan buat betul-betul. Jangan membazir masa dengan melakukan benda sia-sia.

Kelima: Utamakan kerja yang penting daripada yang kurang penting. Jangan melengah-lengahkan kerja yang penting kerana ia boleh menjadi kerja yang sukar nanti.

Keenam: Jangan berazam mahu menjadi sangat sempurna, kerana hanya Allah Yang Maha Sempurna. Jika kita tidak mahu mencuba kerana takut gagal, kita takkan ke mana-mana. Jangan buang masa dengan perasaan was-was.

Ketujuh: Buangkan sikap suka menangguhkan kerja, umpama orang yang diamanahkan membawa beras seguni sehari tetapi menangguhkan hingga sepuluh hari, akhirnya tidak mampu dia hendak memikul sepuluh guni beras sekali gus.

Kelapan: Belajar untuk berkata TIDAK pada perkara yang tidak penting dan sia-sia. Jadilah seorang yang tegas pada diri sendiri.

Kesembilan: Hargailah diri anda sendiri, buat yang terbaik untuk diri anda agar dapat mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Renung-renungkan wahai sahabatku..

SYOK2

Pilih bulan kau lahir:


Januari-------Aku cinta


Februari------Aku gigit


Mac--------Aku belasah


April----------Aku peluk


Mei----------Aku sepak


Jun----------Aku terkentot depan


Julai-----------Aku menari dengan


Ogos--------Aku pergi dating dengan


September----Aku lambai dekat


Oktober-------Aku muntah depan


November-----Aku jerit dekat


Disember-----Aku terlanggar





Pilih hari (nombor) kau lahir:


1-------mak aku


2-------komputer aku


3-------kereta jiran aku


4-------kucing


5-------kerusi


6-------gangster


7-------henfon aku


8-------kawan baik aku


9-------cikgu


10-------semut


11-------pisang


12-------polis


13-------buku


14-------patung barbie


15-------lembu


16-------makcik aku


17-------radio


18-------tv


19-------makcik kantin


20-------kasut sekolah


21-------upin dan ipin


22-------Siti Nurhaliza


23-------tupai


24-------Christiano Ronaldo


25-------buku teks


26-------kawan aku


27-------unta


28-------meja


29-------orang gila


30-------taylor swift


31-------awek cun




Pilih warna baju yang kau pakai:

Putih---------sebab aku perasan cantik


Hitam---------sebab aku gila


Pink-----------sebab aku suka single


Merah-----------sebab mak aku suruh


Biru-----------sebab aku tak tahan


Hijau---------sebab aku baik hati


Ungu---------sebab aku semangat


Kelabu----------sebab bomoh suruh


Kuning--------sebab aku dalam pertandingan


Oren--------sebab aku sakit hati


Coklat---------sebab aku tak tentu arah


Lain-lain----------sebab aku fikir aku hebat

Amalan Rasulullah

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa
para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith
yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri
kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan".
Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan
dan perhatikan garis-garis di tapak tangan
kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan
angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan
kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 =
99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah
antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? -
Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan
menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan
kanannya dan kemudian membiarkan sebentar,
lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam
menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu
Rasullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan
lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada
mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi
di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini
adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu
merupakan enzim yang dapat menolong proses
penghadaman (digestion), ia merupakan the first
process of digestion.Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah
yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama
dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah
maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah)
inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah
sumber mineral, garam juga adalah penawar yang
paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr,
dihospital-hospital, the first line of treatment for
poisoning adalah dengan memberi Sodium
Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat
menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus
yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

- Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali
untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat
agar perut kita senang memproseskan makanan
itu.

3. Membaca Basmalah
-(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah
sebelum makan untuk mengelakkan penyakit.
Kerana bakteria dan racun ada membuat
perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah
dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari
sumber makanan itu.

4. Cara Rasulullah minum.
-Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh
tetapi ia makruh
yang menghampiri kepada haram. Jangan kita
minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas
sedang kita minum. Kerana apabila kita minum
dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk
air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan
bernafas danmenghembuskan nafas dari hidung
kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan
mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang
apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi
H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan
minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg
panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas
sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang
belum berkahwin yang berzina, dan merejam
sehingga mati org yg sudah berkahwin yang
berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah
putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit.
Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang,
berdekatan dengan sum-sum tulang
manusia.Lelaki yang belum berkahwin dia akan
dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala
lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat
menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara
sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang
kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila
lelaki yang belum berkahwin didapati salah
kerana zina hendaklah disebat 100 kali.
Ini adalah kerana apabila dia disebat di
belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu
akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik
yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di
badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan
virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah
berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap
menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan
itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak
dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg
disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan
memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana,
Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan
mengapa ia empat persegi (cube).

Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah
dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan
dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah
sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.
Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan
perpaduan ummah yang
bergerak maju bersama, equality and unity, tidak
seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan,
seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas
setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara
lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4
imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i,
melambangkan kebenaran keempat-empat Imam
tersebut.

Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah
Jazakallah

TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN
BERGUNA.... BAGUS NI...
" Berbudi selagi perlu,Berukhuwah selagi mampu "

JANGAN JANGAN JANGAN

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.


2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. Wassalam

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia
telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

MANDI

Mandi wajib merupakan perkataan yg mudah disebut,ttp jgn tkejut jika
dikatakan byk umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya
kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yg betul,ssorg itu tidak boleh
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung
shj. Sebalikny, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bg mbolehkan
ssorg itu meratakan air keseluruh anggota badanny yg zahir.

Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Keamjuan Islam MAlaysia
(JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapaun,
berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam
gombak timur dan penceramah, didapati byk umat islam yg tidak
mengetahui perkara ini.
"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi
salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota
badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan
oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatny jika tidak
melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di
rumahny di taman sri keramat kuala Lumpur.

Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh
dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg mlakukanny mestilah
mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg itu
tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis
di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.

"Niat mandi wajib: "Shj aku mengangkat hasar besar
kerana Allah Taala."
Atau " Shj aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai
ke
mana2 bhgn anggota badan.
"Bagi ppuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Shj aku
menggangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi ppuan yg
habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Shj aku mengangkat
hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya slps dia
tlh mbasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibny
tidak sah.
Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia
mula
menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat
sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu
mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi.

Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada
pd badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada
najis dibadan, najis itu blh dibasuh serentak dgn mandi wajib.
Ertiny mbasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan.

"Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh
anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di
badan, sama ada
bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut ssorg itu ditocang
atau disanggul,sekirany tak sampai air ke dalamny, tocang atau
sanggul itu wajib la dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib
dibasuh kerana dianggap batin. Ttp sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu
bernajis,ia wajibla dibasuh.

"Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg blh mhalang
sampai air ke badan khususny di bhgn bwh kuku, kotoran itu
wajiblah dibuang.
Mbuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang
mandi.

"Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg
merumitnya.
Sbnrny jika rambut ssorg itu diwarnakan dgn pewarna slain inai,mandi
wajib ssorg itu tidak sah.
"Oleh itu, ssorg yg mwarnakan rambutnya dgn pewarna slain inai, jika
dia hendak mandi wajib, dia mestilah mbuang pewarna pd rambutnya
tlebih dahulu. Tp untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?..ini lah yg
rumitnya.
Sedangkan pwarna pd rambut itu sbnrny tidak blh dibuang begitu mudah.
" Yang menyebabkan mandi wajib org yg menggunakan pwrna pd rambutny
tidak sah kerana pwarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air
sampai ke rambut. Ini bbeza dgn inai. Inai sbnrnya akan meresap
ke rambut, ttp pwarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air thalang
ke rambut."
"tp dlm hal ini, jgn pula ada yg slh phm. Sbnrny pwarna itu
jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pwarna itu tidak
bernajis, bukan lah bmaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini,
sukalah sy menyatakan bhw sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.
Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun
mandi wajib seperti yg telah sy nyatakan ini adalah merupakan perbezaan
sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg
serius orlh umat islam.

Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, uztz hj mat
jais menegaskan, ssb2 nya tdiri drp 6 sbb. 3 sbb mlibatkan lelaki
dan ppuan iaitu kerana bersetubuh wpun tidak kuar air mani, keluar
air mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hny mlibatkan kaum ppuan
shj,iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak(wiladah).
"Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dgn menggunakan air mutlak sama
ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

"Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula,mereka tidak
semestiny mandi slps bsetubuh, ttp diwajibkan mandi ketika ingin
beribadat. Selepas bsetubuh pula, jika ia dilakukan pd waktu mlm,
jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur
itu adalah sunat, manakala tidak bwuduk sblm tidur adalah makhruh.

RON 95 RON 97

Ada orang menyatakan petrol A lebih baik daripada petrol B atau minyak B lebih bagus daripada bahan api C. Adakah itu benar?

DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Bermula hari ni, klasifikasi penjualan minyak petrol di Malaysia akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.

Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.

Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.
Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.

Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.

Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.

Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?

Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).

Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.
Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai 'pakar' automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo atau Google, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya. Selamat Berpuasa.... ...

Cerita Syaitan Khanaz ngan Manusia

Cerita nya macam nie..Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi. Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak cucu Adam, dok pikir2 cana nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan Allah.

...dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz. Lalu dipanggilnya "Khanaz.... mari sini ikut mak....". Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa.

Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2, pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.."
Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik" Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan.

Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa nie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini." Adam berpikir dan " Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita..."

"Apa harus kita lakukan sekarang..?" tanya Hawa pada Adam. Setelah lama pikir-pikir. .. "Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 daging nya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak dan tahu anak nya sudah tak de..."Idea Adam.

Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja, "Mana anak aku..."Tanya Ibu syaitan pada Hawa, Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu.....,,. ..Semalam Adam pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan ...lalu sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana..."terang Hawa. "Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.

Kemudian Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz. ...!!!"
Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....dan Ibu

Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya, Apabila Adam pulang

dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku.
"Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam.

"Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa. "Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut, biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak nya ini lagi..." terang Adam.

Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa.
"Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil "Khanaz!!!". ..kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali.kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz.

Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya "Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam.
"Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa.
"Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam.
Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika Adam sudah keluar bekerja.
"Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa.
"Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin.
"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ½Khanaz !!!
Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa.
Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.

Itu lah cerita dia kawan2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat. Syaitan Khanaz nie tugas dia.

- Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum.Apa jer aktiviti kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
- Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer..."
ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR. ..
- Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya. ..banyakkan Zikir...

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini. Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan baca BISMILLAH dan Doa. Sekurang2nya BISMILLAH.

Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.
Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam..

Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was.

Walllahualam. ...

Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.