Family Albom

Monday, October 5, 2009

Rahsia Solat Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Sebagai contoh,
Pada waktu Subuh
alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.


Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di ' kurniakan ' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Mengapa Utara Tidak Ditawan Portugis

Mengapa Utara Tidak Ditawan Portugis (Fakta Sejarah)


Belajar fakta sejarah sikit...

Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah)

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada
kawan kawan Kita supaya Kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah
yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu. Semoga dari
pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah
selama ini.

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja
portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke AsiaTenggara (Melaka pusat
perdagangan Asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting
perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan
kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 (anggaran) bala tentera.

1509: Portugis menghantar perisik keMelaka untuk mengetahui keadaan
kekuatan pertahanan disana.

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas
melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah,Hang Lekir, Hang
Lekiu,Hang Jebat Dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak
Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang
bersaudara,mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya
terkorban dalampertempuran selama 6 Hari itu dengan 5 Hang bersudara.
Akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan berputus
asa.

1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke
Perlis, Kedah Dan P.Pinang, yang ketikaitu adalah pusat pegeluaran
tebu untuk gula rantau ini.

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang
untuk mengetahui kekuatan bala tentera disana mengikut sejarah,
perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat
yang diperlukan.

Seminggu selepas itu,
FEB 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan
kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik
dengan Alfonso yang selama ini Cuba disembunyikandalam buku sejarah

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan
Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangatkah mereka itu..? ( dengan nadamarah Dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal
Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir Dan Hang Lekiu pun
kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan
Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang!
Perisik 3: Betoi tu tuan. Antaranya:
Hang sihat, hang buat apa, hang apak habar, hang lagu mana, hang nak
pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik
hang, tok hang dan macam macam lagi hang Ada kat sana..

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang
disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka
amat ngeri, inikan pula nak berhadapan beribu-ribu hang kat situ.

Lagi....

Lagi...

Hang dok buat apa laei...hang dok mengulat....hang pi buat kerja nu!!!

tak nak suami saya ada bidadari

"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada
bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana
tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau tak silap,
oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya sabar dulu ekk. Mari kita bincang hal yang lebih penting. Hehehe..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan
apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi sure ramai ladies tak
tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan
bidadari syurga. Saya guna perkataan 'meluat' sebab Saya rasa inilah
istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila
mendengar perkataan 'bidadari', Saya tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu lah ape lagi.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa
suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap
kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang
lain.

Saya pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah
tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu
ada menyebut, "Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila
anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada
wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu
yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di
kalangan wanita yang masih lemah imannya.."

Perghh!! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Saya tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang
bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak
faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an. Jgn mare ek.....

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan
bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?

Biar Saya beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami
puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau
sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat
menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat
sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la
bidadari tak ganggu dia...hehe." Padat dan bersahaja jawapan yang
diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil
tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita
ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari.
Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan
mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat
bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika
bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau,
dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil
saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja
fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi
bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh
di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia
cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada
siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang
jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua
Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di
mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda,
tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang
telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak
bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah.
Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang
sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu
sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur
terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat
yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia
usia mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi
berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf),
mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi
wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua
lelaki. (ah..Saya rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki
normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang
sesuai Saya huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for
guys only. ;-j

---

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari
melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang
saja bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan
bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh,
sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan
kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au
kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami,
maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan
seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat
hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli
syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak
letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa
minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik
akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai.
"Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.

"Biarlah diorang menunggu kat luar..Saya takkan tinggalkan suami Saya!"
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )

"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana? Berapa Discount?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat
Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga
diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan
melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan
Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan,
dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa,
beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan,
niatkan "Saya mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah
dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat
ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa
lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang
diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai
anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak
tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang
terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la
ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta
aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...' latest
design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa
jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang
asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya
berjuta-juta- juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda
selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh
didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department
Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh wahhh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak
tanya camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah,
sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling
tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling
tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang
terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi
mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu
senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada
tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya
daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal),
dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang
mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain
adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja
sewaktu isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah,
manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah
sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan
masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika
mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha
Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat
mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun
kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita
adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi.
Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat
daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang
kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat
perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan
kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan
perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya
apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah
tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli
syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu,
pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin
anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana
ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat
daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih
mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan.
Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau
anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun,
mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat
suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah
dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia
dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli
syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari
pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik
kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat,
mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga
untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali tau!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap
minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun
depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia
di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda;
shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman
rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)

..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di
sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya. ..atau mungkin dia
cuma nak 'berehat di rumah' saja.. ;-j

---

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan
kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli
syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan
tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~

Lelaki dan wanita saudarku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN!

Wednesday, September 30, 2009

Heisenberg Uncertainty Principle Explained Graphically

heisenberg1

Full story after the jump.

heisenberg

Element 114 is Confirmed

I finally got the green light to talk about element 114 publicly now that our confirmation paper is finally out.[PRL] Element 114 was first claimed to be synthesized by the Russians earlier this decade, but in order for IUPAC to recognize a new element it must be independently confirmed. Making new elements is no easy feat, it takes a lot of dedicated time at cyclotrons to perform these experiments. Because cyclotron time is so precious, it is difficult to get approval to do an experiment that simply proves an other research group’s results. Two of the main reasons we ran this experiment and got approval was to test our new plutonium target box setup and :ahem: disprove the Russians made these elements, but that is not what we observed.

The Russians have a history of publishing their results internally and not submitting their results to peer review. This creates internal reports that have results that sometimes contradict each other. However, in 2007 Orgenessian et. al published a summary of their results in the peer-reviewed Journal of Physics G.[JPhysG] They claim to have seen the following.


In summary they saw two isotopes of element 114, 286114 that decayed to element 112 and 287114 that also decayed to element 112 and then sometimes spontaneously fissioned or mostly decayed to element 110 (darmstadtium). Our own data showed that…

If you make an isotope like 287114 and observe it decay to the known elements 112 and then to darmstadtium, there is little doubt it exists.

Congratulations all around. Hopefully they propose a better name for element 114 that is less divisive than Kurchatovium, the name they proposed for element 104 after the Soviet atomic bomb project leader.

Link to Confirmation Paper: Independent Verification of Element 114 Production in the 48Ca+242Pu Reaction

Press Release: Superheavy Element 114 Confirmed: A Stepping Stone to the Island of Stability

Mitch

tl;dr Element 114 was made independently of the Russians and now they can name it.

Copernicium ; Cp, element 112

There has been a fuss over abbreviating Copernicium as Cp for element 112.[RSC][Nature] As IUPAC is dominated with synthetic people, I always figured the discover’s original suggestion wouldn’t last long and it hasn’t. I received this link from Darleane Hoffman: NAME AND SYMBOL OF THE ELEMENT WITH ATOMIC NUMBER 112

Abstract: A joint IUPAC/IUPAP Working Party (JWP) has confirmed the discovery of the element with atomic number 112. In accord with IUPAC procedures, the discoverers proposed a name, copernicium, and symbol, Cn, for the element. The Inorganic Chemistry Division recommended these proposals for acceptance and it was adopted by IUPAC by the Bureau on (date to be inserted) as delegated to act by the IUPAC Council meeting on 12 August 2007.

Apparently this happened rather early in the process, as early as July. So all the fuss over the use of Cp has been for naught.

Mitch

TIPS

“SUDAH puas mencuba, tetapi masih tidak berjaya. Macam-macam kaedah kami cuba, nampaknya belum ada rezeki untuk dapat anak kedua. Anak pertama sudah bersekolah dan asyik bertanya bila boleh dapat adik. Dia teringin hendak ada adik macam kawan lain,” luah seorang teman.

Katanya, mereka tiada masalah kesuburan kerana dia mengandung selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga. Sebenarnya banyak pasangan turut menghadapi masalah untuk mendapat anak kedua, walaupun mencuba pelbagai cara.

Isu kesukaran mendapat anak adalah perkara kompleks dan sensitif. Ada pasangan bercerai berai kerana isu ini. Malah, ada lelaki mengambil kesempatan menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk berkahwin lagi. Sebelum sebarang keputusan diambil, banyak perkara perlu dipertimbangkan, termasuk tabiat dan gaya hidup anda.

Semua orang tahu tahap kesuburan menurun dengan peningkatan usia, terutama bagi wanita. Bagi lelaki pula, mereka masih berpeluang mempunyai anak walaupun berusia 60 tahun kerana sperma dihasilkan sepanjang hayat.

Secara purata, kebanyakan lelaki mengeluarkan kira-kira 120 hingga 600 juta sperma setiap kali ejakulasi. Bagaimanapun, 90 peratus daripadanya tidak mampu berenang memasuki rahim dan hanya satu iaitu sperma yang benar-benar cergas dan sempurna berjaya mensenyawakan telur dalam tiub fallopian.

Telur yang disenyawakan pula mengambil masa kira-kira 96 jam untuk ada di dalam tiub fallopian sebelum sampai ke rahim. Terlalu awal atau lewat sampai ke rahim akan menyebabkan kehamilan tidak berlaku.

Ketika ini, paras semua hormon yang diperlukan untuk mengandung mestilah pada tahap optimum supaya lapisan dinding rahim yang menjadi tempat telur melekat (dan membesar menjadi embrio) boleh terbentuk dengan sempurna.

Bagaimanapun, keadaan optimum ini kadangkala sukar diperoleh dan ini menyebabkan pasangan perlu menunggu lebih lama untuk mendapatkan anak. Pakar sakit puan mengatakan peluang mensenyawakan telur dan mengandung hanya 25 peratus setiap bulan, tidak kira berapa kali hubungan seksual diadakan.

Kesuburan adalah anugerah yang perlu dihargai dan dipelihara. Banyak faktor boleh menjejaskan kesuburan seseorang, sama ada lelaki atau wanita. Untuk mengekal dan meningkatkan kesuburan, wanita perlu:

* Mengawal berat badan. Jika dapat, kekalkan berat badan yang seimbang. Berat badan berlebihan boleh menyebabkan masalah ovulasi (pengeluaran telur) dan kitaran haid mungkin terganggu atau terhenti terus jika terlalu kurus.
* Kurangkan pengambilan kafein. Ada kajian menunjukkan pengambilan kafein melebihi 500 miligram sehari boleh melewatkan kehamilan. Biasanya secawan kopi mengandungi antara 80 hingga 175 miligram kafein. Bagaimanapun, ia bergantung kepada kaedah penyediaan dan jenis kopi diambil. Bertukarlah kepada kopi tanpa /rendah kafein.
* Kurangkan pengambilan alkohol, atau lebih baik berhenti terus. Alkohol berlebihan akan menjejaskan peluang wanita untuk hamil kerana ia merencatkan proses ovulasi.
* Bersenam secara tetap dan teratur. Senaman bukan saja dapat membantu mengekalkan berat badan, tetapi turut menjadikan anda lebih sihat dan cergas. Ia juga akan menguatkan badan untuk melalui kehamilan tanpa masalah. Senaman juga boleh mengurangkan risiko mengalami masalah sembelit dan vena varikos (urat kaki menjadi kembang dan berbelit) yang biasa dihadapi wanita mengandung.
* Jalani pemeriksaan hormon melalui ujian darah. Ini adalah masalah biasa yang menyebabkan wanita sukar mengandung.
* Berhati-hati mengambil ubat. Kebanyakan ubat, termasuk pil tahan sakit, antibiotik, ubat tekanan darah tinggi dan anti kemurungan memberi kesan terhadap kesuburan anda. Sebaik-baiknya, ambil ubat apabila diarahkan saja.
* Buat pemeriksaan rahim. Masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau sista ovari boleh menjejaskan peluang untuk mengandung. Endometriosis (lapisan tisu yang tumbuh di luar rahim) akan menyebabkan haid menjadi lebih banyak dan sakit. Kehadirannya juga meningkatkan risiko mengandung luar rahim.

Selain itu, kitaran haid tidak tetap dan lama (melebihi seminggu), kerap mengalami senggugut, pernah keguguran melebihi dua kali, mempunyai bulu roma yang banyak dan lebat terutama pada muka, berlebihan berat badan, mempunyai masalah kesihatan (diabetes, lupus atau tekanan darah tinggi) juga boleh mengurangkan peluang untuk mengandung.

Lelaki juga boleh mengalami masalah penurunan tahap kesuburan. Kira-kira 30 peratus masalah kesuburan berpunca daripada lelaki. Bagi lelaki subur pun, mereka tetap boleh mengalami masalah jika mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan kualiti dan kuantiti sperma ialah:

* Berhenti merokok. Asap rokok boleh menyebabkan mencacatkan sperma yang baru terhasil. Kajian menunjukkan bilangan sperma akan meningkat dengan cepat sebaik lelaki berhenti merokok.
* Kurangkan minum minuman beralkohol. Tahap kesuburan 40 peratus lelaki meningkat apabila pengambilan alkohol dikurangkan.
* Ambil vitamin. Tidak ramai lelaki menitikberatkan soal pengambilan vitamin kerana beranggapan mereka sihat dan makanan membekalkan cukup keperluan harian. Bagaimanapun, anggapan ini kurang tepat kerana banyak vitamin hilang atau musnah ketika proses penyediaan dan memasak. Kekurangan vitamin C dikatakan boleh menyebabkan sperma melekat antara satu sama lain. Justeru, lelaki disaran mengambil sekurang-kurangnya 2,000 miligram vitamin C setiap hari.
* Elak keadaan terlalu panas atau memakai seluar ketat. Elak juga terlalu kerap mandi air panas dan sauna kerana ia boleh menjejaskan penghasilan sperma berkualiti.
* Jauhi punca pencemaran seperti bahan kimia, racun serangga perosak, lead dan larutan organik.
* Rancang masa untuk bersama isteri. Hubungan seks boleh dilakukan selang sehari jika anda merancang mendapat anak. Hubungan seks yang terlalu kerap (setiap hari) boleh mengurangkan bilangan sperma. Bagaimanapun jika tempoh antara hubungan seks itu terlalu lama, sperma yang dikeluarkan pula tua dan kurang aktif.

isuhangat.blogspot.com/2007/11/sukar-hamil.html