Family Albom

Thursday, May 14, 2009

ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR

Untuk renungan.



ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR


SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ........

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:
"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainy a.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Orang cemerlang

Orang cemerlang suka buat apa yang orang tak cemerlang suka buat…
Orang cemerlang sangat-sangat suka pergi kelas…
Tapi orang tak cemerlang bila takde kelas suka sangat-sangat…
Orang cemerlang suka bertanya soalan yang tak faham…
Tapi orang tak cemerlang malu bertanya dan lebih suka tak faham…
Kadang-kadang orang yang cemerlang pula bertanya soalan yang dia dah faham supaya orang yang tak faham boleh faham…
Tapi orang yang tak cemerlang lebih rela diam supaya tak nampak dia tu tak tahu… Bodoh sombonglah katakan…

Apa pulak orang cemerlang tak suka buat?
Orang cemerlang tak suka buat apa yang orang tak cemerlang suka buat…
Orang cemerlang tak suka tinggal sembahyang…
Bila masuk waktu cepat-cepat ambil wudhu’ pergi surau…
Tapi apa orang tak cemerlang suka buat?
Bila orang azan masih sibuk dengan game, bola, dengar lagu dan buat-buat tak tau…
Orang cemerlang tak suka buang masa main game 24 jam…
Tak pun main sms, layan awek keliling pinggang…alaa… mat jiwang la katakan…
Mana ada mat jiwang yang cemerlang…kalau ada buktikan…

Orang cemerlang suka buat apa yang orang tak cemerlang tak suka buat…
Dan orang tak cemerlang suka sangat buat apa yang orang cemerlang tak suka buat…
Banyak lagi contoh perkara yang orang cemerlang suka buat tapi orang tak cemerlang tak suka buat…
Masing-masing dah besar…masing-masing ada otak.. tapi lembu pun ada otak…
Terpulanglah nak jadi otak lembu ke otak manusia…
Otak manusia berakal tapi otak lembu sendiri tau la…
Kalau nak jadi orang cemerlang buatlah cara orang cemerlang…
Tapi korang tau ke maksud cemerlang??
Jangan ingat dapat 4 flat tu cemerlang kalau malas sembahyang, malas baca Quran…
Nak jadi cemerlang, dunia dan akhirat kenalah seimbang…
Cakap saje tak guna, kalau berani try la buat…

Maaf kalau terkasar dan tersalah bahasa…
Untuk renungan diri sendiri sebenarnya…
Buat teman, kawan-kawan dan diri sendiri…
Jangan ingat muda itu sekali…
Sebab kita bukan hidup sekali, tapi dua kali…
Dan hidup kali kedua tu, insyaAllah kita akan muda selama-lamanya…
Kalau nak enjoy masa muda, pilihlah muda yang kedua…
Waktu muda yang pertama ni biarlah kita bekorban sikit…
Nak cemerlang wajib berkorban…
Tapi jangan pulak korbankan muda yang kedua…
Kalau nak jadi orang cemerlang buatlah cara orang cemerlang…
Jangan malas baca buku, ponteng kelas dan mengumpat lecturer jer…
Sembahyang, puasa, baca Quran jangan tinggal…
Jangan derhaka pada orang tua…
Guna betul-betul peluang belajar kat sekolah or IPT untuk jadi orang, bukan #%*&^..
Moga kita sama-sama cemerlang dunia dan akhirat insyaAllah…

Di dalam hidup manusia

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat ..
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat
kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...Allahhuakbar! Allahhuakbar!
Allahhuakbar!)

3 kali sahaja

Renung-renungkan dan selamat beramal….
Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... .aku bertanya pada Ibu.
'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah.
Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.
Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.
Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.
Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.
Ibu berkata...'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..'

Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'
Ibu tersenyum.. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu...?'
Saya menggelengkan kepala.

'Panggilan pertama adalah Azan', ujar Ibu.
'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak.. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.

Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah....... ..

Ibu melanjutkan, 'Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan
kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanal lah....... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ......Alhamdulill ah...

'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ...Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ....'
** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....
Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... .....
Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ .....**
Huraisy
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.'...

Wednesday, May 13, 2009

layakkah aku

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Dua hari telah berlalu
Email,SMS, MMS masih bertamu
Kad dan nota juga tak jemu
Selamat Hari Guru
Terima Kasih Cikgu!
Tapi… Layakkah Aku?

Setengah tahun hampir bertemu
Berapa waktu ku biarkan berlalu
Murid di kelas tanpa guru
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?

Hari-hari ke kelas tak menentu
Kekadang lewat, bukan selalu
Ku biar murid terus menunggu
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?

Kerja rumah ku beri murid tak laku
Ingin ku marah bimbang jawatanku
Nanti hilang dek saman malu
Terima Kasih Cikgu!
Layakkah Aku?

Murid berkelahi bukan tugas ku
Biar guru disiplin jadi penentu
Tugas ku hanyalah tugas ku
Terima kasih cikgu!
Layakkah Aku?

Sekian, wassalam
Hanya sekadar nukilan buat musabah diri sendiri…

Friday, May 8, 2009

Selingkar Kisah IBu..

berdasarkan kisah benar...

................................................................

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan
nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." -
PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.

Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel
di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih
melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan
sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat
menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur.

Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan.

Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan
dalam botol yang dibawanya.

Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata :
"Minumlah nak, ibu tak haus!!" - PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu.

Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.

Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu.

Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.

Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah,ibu ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai
sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.

Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan
berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan.

Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.


Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan
ibu.' Tapi tidak saya.

Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi
tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu,
sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu,
maafkan saya. Saya sayangkan ibu.


semoga menjadi iktibar buat kita
semua........


wasalam

Kaabah

KAABAH adalah bangunan paling mulia dalam Masjidil Haram, menjadi kiblat seluruh kaum muslimin di dalam solat mereka. Kaabah adalah rumah ibadat pertama yang dibina di muka bumi.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya rumah ibadat pertama yang didirikan untuk manusia adalah yang terdapat di Bakkah, yang penuh keberkatan sebagai petunjuk kepada seluruh alam. Padanya terdapat tanda kekuasaan Allah, Maqam Ibrahim, barang siapa yang memasukinya ia dijamin keamanannya.” Bangunan Kaabah dibina daripada batu batan yang diambil daripada lima gunung iaitu Gunung Lubnan, Tur Zalta, Tun Sina, Judi dan Hira’.

Menurut sebahagian ulama, sebelum pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, Kaabah dibina sebanyak tiga kali iaitu oleh malaikat, Nabi Adam dan Nabi Shith. Kaabah hasil binaan Nabi Shith kekal beribu tahun lamanya sehinggalah banjir besar pada zaman Nabi Nuh memusnahkannya.

Menurut Al-Nawawiyy, Kaabah dibina sebanyak lima kali, pertama oleh malaikat atau Nabi Adam atau Shith bin Adam seperti yang di sebut al-Suhailyy, kedua binaan Nabi Ibrahim, ketiga binaan Quraisy, keempat binaan Ibn Zubair dan terakhir binaan al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqaflyy. Struktur binaan terakhir inilah yang ada hingga ke hari ini.

Namun, binaan Kaabah sebenarnya pernah mengalami pembaikan besar pada zaman Sultan Murad Keempat daripada pemerintahan Uthmaniyyah. Pada tanggal 19 Syaaban 1039 Hijrah, berlaku banjir besar yang menyebabkan seramai lebih daripada 1,000 jemaah terkorban. Pembaikan itu siap pada Ramadan tahun berikutnya.

Pada zaman pemerintahan Kerajaan Saud, Kaabah mengalami dua kali pembaikan iaitu ketika pemerintahan Raja Saud bin Abd Aziz pada 1377 Hijrah/1956 Masihi kerana berlaku keretakan di beberapa bahagian dinding dan bumbung Kaabah. Baginda memerintahkan supaya pembaikan dilakukan.

Kedua, pada zaman pemerintahan Raja Fahd bin Abd Aziz. Kaabah sekali lagi mengalami kerosakan akibat binaannya yang terlalu lama sejak zaman Sultan Murad IV. Lantaran, pada 1417 Hijrah/1996 Masihi baginda memerintah pembaikan dilaksanakan.

Kaabah mendapat perhatian pemerintah Islam sepanjang zaman kerana pembinaannya semata-mata untuk beribadat kepada Allah. Ini dipaparkan dalam doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika mereka membina Kaabah.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan (Ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): “Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara dan tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seseorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab (al-Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Baqarah, ayat 127-129)

Justeru, pengunjung Makkah perlu memelihara diri, tingkah laku, pekerjaan syirik dan dosa kerana Kaabah dibina untuk menafikan syirik dan mendirikan ibadat semata-mata kepada Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah), ketika kami memberikan tempat kepada Ibrahim di tempat Baitullah (dengan menyatakan): “Janganlah kamu mempersarikatkan (menduakan) sesuatu pun dengan aku dan sucikanlah rumah-Ku. Ini bagi orang yang tawaf, dan orang yang beribadat dan yang rukuk serta sujud.” (Surah al-Hajj, ayat 26)

Ketinggian binaan Kaabah adalah 14 meter, manakala panjangnya Hajarul Aswad ke Rukun Iraqi adalah 12.84 meter. Ukuran dari Rukun Iraqi ke Rukun Syami adalah 11.28 meter. Ukuran di antara Rukun Syami dan Rukun Yamani adalah 12.11 meter, manakala ukuran panjang antara Rukun Yamani hingga ke Hajarul Aswad adalah 11.52 meter.

Terdapat pelbagai nama dan panggilan yang merujuk kepada Kaabah. Kepelbagaian nama itu menunjukkan kehebatan dan kemuliaan Kaabah. Antaranya:

l Al-Bait – yang bermaksud rumah.

l Baitullah – yang bermaksud rumah Allah.

l Al-Bait al-Haram – yang bermaksud rumah yang mulia.

l Al-Bait al-Atiq – yang bermaksud rumah lama yang mulia.

l Al-Qiblah – yang bermaksud kiblat.

Keseluruhannya Kaabah adalah suatu binaan mulia yang penuh dengan keberkatan. Al-Tabrani meriwayatkan di dalam Al Mu`jam Al Kabir dari Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menurunkan 120 rahmat ke atas Kaabah setiap hari, 60 untuk orang yang melakukan tawaf, 40 untuk orang yang solat dan 20 untuk orang yang memandangnya.”

Namun, terdapat beberapa bahagian Kaabah yang menjadi tumpuan dan perhatian lantaran kelebihan dimilikinya.

l Hajarul Aswad – sepotong batu berasal dari syurga. Warna asalnya lebih putih daripada putih susu. Dikatakan ia menjadi hitam kerana luruhnya dosa manusia yang mengucupnya.

Pelbagai peristiwa sejarah dilalui Hajarul Aswad. Hinggalah ke hari ini, yang masih tinggal daripada Hajarul Aswad adalah lapan kepingan sebesar biji tamar yang diikat pada lilin yang dicampur kasturi di dalam lingkungan perak. Sesiapa yang ingin mengucupnya hendaklah meletakkan mukanya ke atas kepingan itu.

l Rukun Yamani – penjuru Kaabah yang berbetulan dengan Rukun Hajarul Aswad bagi orang sedang tawaf. Ia salah satu daripada dua rukun yang didirikan di atas asas binaan Nabi Ibrahim. Rasulullah SAW menyentuh rukun itu ketika tawaf.

l Hijir Ismail – pada asalnya termasuk dalam binaan Kaabah yang dibina Nabi Ibrahim. Ia dikeluarkan daripada Kaabah ketika binaan Quraisy. Justeru, solat di dalamnya menyamai solat di dalam Kaabah.

.l Multazam – kawasan hadapan Kaabah di antara Hajarul Aswad dan pintu Kaabah. Dikatakan Multazam adalah kawasan yang paling mustajab doa.

Menurut sebahagian riwayat, orang Quraisy sebelum Islam menjadikan Multazam tempat melafazkan sumpah terutama bagi menyelesaikan perbalahan di kalangan mereka.

l Mizab – pancuran emas yang diletakkan bagi menjadi laluan air daripada bumbung Kaabah masuk ke dalam Hijir Ismail. Menurut sebahagian pendapat, di bawahnya adalah di antara tempat paling mustajab doa.

l Syazarwan – jubin yang dibina di bahagian bawah dinding Kaabah. Tingginya kira-kira dua kaki. Ia diletakkan untuk menandakan saiz asal Kaabah yang dikurangkan ketika binaan Quraisy berbanding binaan Nabi Ibrahim. Justeru, ia adalah sebahagian daripada Kaabah. Bertawaf di atasnya atau sebahagian anggota badan di atasnya menyebabkan tawaf tidak sah.

l Kiswah – kelambu atau tutupan yang diletakkan di atas Kaabah. Diriwayatkan, orang pertama yang meletakkan kiswah Kaabah adalah tubba’ al-Himyariyy As’ad Abi Karb. Rasulullah sendiri mengkiswahkan Kaabah begitulah dilakukan khulafa dan pemerintah Islam dari dulu hingga kini.

Kini, kiswah Kaabah dibuat di sebuah kilang khas di Makkah. Ia mula dibuat kilang pada 1346 hingga 1357 Hijrah. Kemudian terhenti seketika dan kiswah diperbuat di Mesir. Ia beroperasi semula pada 1382 Hijrah. Pada 1397 Hijrah /1977 Masihi, sebuah kilang baru untuk kiswah dibina di Umm al Jud dan beroperasi hingga hari ini.

Kiswah Kaabah diperbuat daripada 658 kilogram sutera mentah yang ditenun. Ukurannya setelah siap ditenun adalah 658 meter persegi. Kos pembuatannya sebanyak 17 juta riyal Arab Saudi yang dibelanjakan setiap tahun. Kiswah akan diganti dengan yang baru pada pagi 9 Zulhijah (hari Wukuf) setiap tahun.

l Maqam Ibrahim - batu yang terdapat kesan dua tapak kaki Nabi Ibrahim. Batu itu kini diikat dengan perak dan diletakkan dalam sebuah tempat diperbuat daripada tembaga berwarna keemasan.

Menunaikan solat di sisi Maqam Ibrahim mempunyai kelebihan yang besar. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan ingatlah ketika kami jadikan Baitullah sebagai tempat berhimpun bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian dari Maqam Ibrahim sebagai tempat solat.” (Surah al-Baqarah, ayat 125)

l Telaga Zamzam – terdapat di hadapan Kaabah di kawasan antara Hajarul Aswad dan Multazam. Ia dikatakan terbit daripada terjahan kaki Nabi Ibrahim dan ada riwayat menyatakan ia terbit hasil daripada pukulan sayap Jibrail.

Kelebihan air daripada telaga Zamzam ini dinyatakan di dalam hadis Nabi SAW. Ia adalah air yang terbaik di atas muka bumi dan meminumnya boleh menyembuhkan penyakit dengan izin Allah.

Demikianlah sorotan sejarah Tanah Haram dan kelebihan Masjidil Haram. Jemaah Haji mahupun Umrah hendaklah menginsafi kemuliaan Tanah Haram. Mereka sewajarnya memelihara adab dan perilaku sebagai tetamu Allah sepanjang berada di Tanah Haram. Semoga jemaah dapat menghayati, mendalami makna dan tujuan menunaikan haji dan umrah.



Penulis ialah Pengkursus Ibadat Haji, Lembaga Tabung Haji