Family Albom

Wednesday, May 6, 2009

secebis kisah

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

“Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”

“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.

“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..

“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”

“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”

Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”

“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”

Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.

“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”

“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.

“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”

Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat
kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

“Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

Saturday, May 2, 2009

Large Hadron Collider (LHC) - Mencari kebenaran Teori Big Bang

Analogi

Photobucket Image Hosting

Teori Big-Bang yg mengatakan bahawa berlaku pada 13.73 ± 0.12 billion dahulu adalah origin kepada pembentukan alam semesta kita. Bagaimana ia berlaku? iaitu dua partikel yg berlainan arah bertembung antara satu sama lain dengan pecutan cahaya. Dan apabila collision ni berlaku, jirim2 yang baru mula membentuk dan bergabung maka terhasillah alam semesta yang penuh dengan galaksi, bintang, planet, dsb . Dan menurut kajian sains, alam semesta yang kita duduki ini sedang membesar dan mengembang. Apa yang berada diluar kawasan alam semesta kita? wallahualam.

Large Hadron Collider dan Operasinya

Photobucket Image Hosting

Ok. Da paham teori Big-Bang? so LHC atau Large Hadron Collider adalah dibina untuk menjalankan eksperimen memecut dua partikel dan seterusnya collide / bertembung antara satu sama lain apabila partikel tersebut sudah mencapai 99.99999% kelajuan cahaya dengan 7TeV tenaga. Tujuan utama adalah untuk menguji kewujudan Standard Model (Higgs boson). Kemudian dapat merungkai misteri kewujudan alam semesta dan misteri2 dalam fizik kuantum dan fizik partikel dll. Blax2. Jangan pening.. abaikan ape aku cite ni. Aku akan cite dengan lebih ringkas di bawah. “Large Hadron Collider adalah cincin “Pemecut Partikel” dan “Atom-Smasher” raksasa yg dibuat oleh European Organization for Nuclear Research (CERN) dengan panjang keliling 27 km dan diameter 3.8 meter yg berkedalaman 175 meter dibawah tanah di negara Perancis dan Switzerland. Cincin tersebut terdiri dari 9300 lingkaran magnet superkonduktif dengan berat bertan-tan dan kemudian didinginkan dengan sekitar 96 ton helium cair. Projek LHC mula dibina pada sekitar 1995 (x sure) dan menelan belanja 6.4 Euro. Tepat 10 september 2008, eksperimen tersebut mula dijalankan. Kenapa eksperimen ni spesel sgt? Untuk maklumat korang, eksperimen ini adalah pencapaian terhebat dunia fizik selepas teori relativiti oleh albert einstein.

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting

Photobucket Image Hosting
Photobucket Image Hosting


Large Hadron Collider dibangun untuk menjawab pelbagai misteri terbesar dalam alam semesta.

Bagaimana Alam Semesta Terbentuk Seperti Hari Ini?
Para saintis sudah sepakat bahwa alam semesta terbentuk akibat peristiwa “Big Bang” tapi mereka belum benar-benar memahami bagaimana dan mengapa alam semesta masih berkembang seperti sekarang ini. Dengan mesin LHC, mereka boleh melihat apa yang berlaku ketika 1/1,000,000 saat peristiwa Big-Bang.

Mereka berharap daapt melihat kewujudan “Partikel Higg Boson” atau popular disebut dengan “Partikel Tuhan”. Iaitu partikel yang terbentuk setelah peristiwa Big-Bang.

Bagaimana Rupa Alam Semesta Kita Ini ?
Banyak ahli fizik percaya bahwa alam semesta kita tidak hanya terdiri dari 3 dimensi (ruang dan waktu) seperti yg kita pahami saat ini. Bahkan ada yg menyatakan bahwa alam semesta sebenarnya terdapat 10 Dimensi.

Dimana Anti-Jirim Berada?
Big Bang menghasilkan “matter” (jirim) dan anti-jirim dengan jumlah yg sama, tetapi kita hanya dapat melihat “matter” saja. Apa yg terjadi dengan anti-matter/jirim? Dengan percubaan LHC, signifikasi yg hampir tidak terlihat antara partikel jirim dan anti-jirim tersebut dapat dipelajari.

Kenapa Partikel Memiliki jisim/berat ?
Partikel cahaya atau Photon tidak memiliki mass/jisim. Sedangkan partikel jirim lain seperti elektron dan quarks memiliki jisim dan para ahli fizik tidak pasti kenapa terjadi begitu.

Apakah Yang Membina Alam Semesta Kita Ini ?
Para ahli hanya mengetahui 4% jirim yang menyusun alam semesta kita sedangkan 96% masih merupakan misteri besar yg popular disebut “Dark Energy”.

*x paham ape tu anti-matter? hehe. cmni la. andai kata korang ada pembaris. tp sebenarnya wujud satu lg pembaris 100% sebijik persis permbaris anda cuma x raveal je. dan jika pembaris tersebut muncul, maka ia akan melenyapkan pembaris asal anda. x paham? dengan matematikal apabila 1 + (-1) = 0 kan? 1 adalah jirim, dan -1 adalah anti-jirim. jgn pk byk2.. rilex sudey

Kontroversi

Ekserimen ini dibantah oleh beberapa saintis serata dunia kerana disifatkan berbahaya dan memberi implikasi yang besar terhadap masa depan. Walaupun CERN memberi kenyataan bahaya kemungkinan untuk terbentuknya black-hole adalah 0.0001% dan selamat, namun dikhuatiri peluangnya yang masih wujud. Organisasi tersebut menepis spekulasi bahahawa kiamat akan berlaku jika eksperimen ini dijalankan.

Kesimpulan

Selepas pengklonan Dolly, projek ni lak yang diorg nk wt untuk lawan takdir. risiko tetap ade. cube bayang big -bang akan berlaku di bawah tanah, kemudian menyedut seluruh eropah dan dunia. apapun, semua yg terlibat adalah pakar, dan hasilnya hanyalah sekadar 1 persejuta saat daripada peristiwa big bang yg sebenar. aku pn x reti sgt bab2 ni. hehe. keputusan eksperimen ini hanya diketahui setelah partikel di dalam cincin besar tersebut sudah mencapai 99.9999% kelajuan cahaya dan bersedia untuk bertembung. Bile? tggu je la…..

Thursday, February 12, 2009

YaYa_Ciput

Human Body Facts

The average human brain has about 100 billion nerve cells.

Nerve impulses to and from the brain travel as fast as 170 miles (274 km)per hour.

The thyroid cartilage is more commonly known as the Adams apple.

The only jointless bone in your body is the hyoid bone in your throat

it's impossible to sneeze with your eyes open.

Your stomach needs to produce a new layer of mucus every two weeks or it would digest itself.

It takes the interaction of 72 different muscles to produce human speech.

The average life of a taste bud is 10 days.

The average cough comes out of your mouth at 60 miles (96.5 km) per hour.

Relative to size, the strongest muscle in the body is the tongue.

Human thigh bones are stronger than concrete.

When you sneeze, all your bodily functions stop even your heart.

Babies are born without knee caps. They don't appear until the child reaches 2-6 years of age.

Children grow faster in the springtime.

It takes the stomach an hour to break down cow milk.

Women blink nearly twice as much as men.

Blondes have more hair than dark-haired people do.

There are 10 human body parts that are only 3 letters long (eye hip arm leg ear toe jaw rib lip gum).

If you go blind in one eye you only lose about one fifth of your vision but all your sense of depth.

The average human head weighs about 8 pounds.

Our eyes are always the same size from birth, but our nose and ears never stop growing.

In the average lifetime, a person will walk the equivalent of 5 times around the equator.

An average human scalp has 100,000 hairs.

The length of the finger dictates how fast the fingernail grows. Therefore, the nail on your middle finger grows the fastest, and on average, your toenails grow twice as slow as your fingernails.

The average human blinks their eyes 6,205,000 times each year.

The entire length of all the eyelashes shed by a human in their life is over 98 feet (30 m).

Your skull is made up of 29 different bones.

Your ears and nose continue to grow throughout your entire life.

After you die, your body starts to dry out creating the illusion that your hair and nails are still growing after death.

Hair is made from the same substance as fingernails.

The average surface of the human intestine is 656 square feet (200 m).

A healthy adult can draw in about 200 to 300 cubic inches (3.3 to 4.9liters) of air at a single breath, but at rest only about 5% of this volume is used.

The surface of the human skin is 6.5 square feet (2m).

15 million blood cells are destroyed in the human body every second.

The pancreas produces Insulin.

The most sensitive cluster of nerves is at the base of the spine.

The human body is comprised of 80% water.

The average human will shed 40 pounds of skin in a lifetime.

Every year about 98% of the atoms in your body are replaced.

The human heart creates enough pressure to squirt blood 30 feet (9 m).

You were born with 300 bones. When you get to be an adult, you have 206.

Human thighbones are stronger than concrete.

Every human spent about half an hour as a single cell.

There are 45 miles (72 km) of nerves in the skin of a human being.

The average human heart will beat 3,000 million times in its lifetime and pump 48 million gallons of blood.

Each square inch (2.5 cm) of human skin consists of 20 feet (6 m) of blood vessels.

During a 24-hour period, the average human will breathe 23,040 times.

Human blood travels 60,000 miles (96,540 km) per day on its journey THROUGH THE BODY.

FAMILY : SATU KISAH UNTUK RENUNGAN

Kisah ini tak ada kena mengena dgn yg hidup atau mati

Seorang bapa pulang ke rumah dlm keadaan letih disambut oleh anak
Lelakinya yg berusia 7 tahun dimuka pintu. Anak: Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?
Ayah: "Ya...nak tanya apa?" Anak: "Berapa pendapatan ayah sejam?" Ayah: "Itu bukan urusan kamu, buat apa nak sibuk tanya?" si ayah mula menengking. Anak: "Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagitahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?" si anak mula merayu. Ayah: "20 ringgit sejam, kenapa nak tahu?" Anak: "Oh..." si anak menjawab sambil tunduk ke bawah. Kemudian
memandang wajah ayahnya sambil bertanya, "Ayah....boleh tak Amin nak pinjam 10 ringgit dari ayah?". Si Ayah mula menjadi berang dan berkata, " oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah, kamu nak buat apa nak mintak sampai 10 ringgit? nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan utk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik bilik dan tidur, dah
lewat dah ni..." Kanak-kanak 7 tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke bilik tidurnya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yg sekecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur. "Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah duit 10 ringgit ini", berkata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terimakasih banyak ayah", katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yg sudah renyuk. Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. "kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dan dari mana kamu dapat duit dibawah bantal itu?" jerkah si ayah. Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri tiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tidak cukup", jawab si anak perlahan. "Tak cukup untuk beli apa??", soal balik si ayah. "Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah.Amin nak ayah balik kerja awal besok. Amin rindu nak makan malam bersama ayah.jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

THE MORAL OF THIS STORY : -
Share this story with someone you like.... But even better, share $20
worth of time with someone you love. It's just a short reminder to all
of you working so hard in life.
We should not let time slip through our fingers without having spent
sometime with those who really matter to us, those close to our hearts.
If we die tomorrow, the company that we are working for could easily
replace us in a matter of days. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives. And come to think of it, we pour ourselves more into work than to our family.
An unwise investment indeed!! So what is the moral of the story?
Don't work too hard...and you know what's the full word of FAMILY ?
F = FATHER
A = AND
M = MOTHER
I = I
L = LOVE
Y = YOU

AZAN: The amazing phenomenon

Amazing as it sounds, but fortunately for the Muslims of the world, it is an established fact. Have a lookat a map of the world and you will find Indonesia on the eastern side of the earth. The major cities of Indonesia are Java, Sumatra, Borneo and Saibil.

As soon as dawn breaks on the eastern side of Saibil, at approximately 5:30 am local time, Fajar (Subuh) Azaan begins. Thousands of Muazzins in Indonesia begin reciting the Azaan. The process advances towards West Indonesia. One and a half hours after the Azaan has been completed in Saibil, it echoes in Jakarta. Sumatra then follows suit and before this auspicious
process of calling Azaan ends in Indonesia, it has already begun in Malaysia. Burma is next in line, and within an hour of its beginning in Jakarta, it reaches Dacca, the capital ! city of Bangladesh.

After Bangladesh, it has already prevailed in western India, from Calcutta to Srinagar. It then advances towards Bombay and the environment of entire India resounds with this proclamation. Srinagar and Sialkot (a city in north Pakistan)have the same timing for Azaan. The time difference between Sialkot, Quetta,and Karachi is forty minutes, and within this time, Fajar Azaan is heard throughout Pakistan.

Before it ends there, it has already begun in Afghanistan and Muscat. The time difference between Muscat and Baghdad is one hour. Azaan resounds during this one hour in the environments of Hijaaz-e-Muqaddas (Holy cities of Makkah and Madinah), Yemen,United Arab
Emirates, Kuwait and Iraq.

The time difference between Baghdad and Alexandria in Egypt is again one hour. Azaan continues to resound in Syria,Egypt, Somalia and Sudan during this hour. The time difference between eastern and western Turkey is one and a half hours, and during this time it is echoed with the call to prayer.

Alexandria and Tripoli (capital of Libya) are located at one hour's difference. The process of calling Azaan thus continues throughout the whole of Africa.

Therefore, the proclamation of the Tawheed and Risaalat that had begun in Indonesia reaches the Eastern Shore of the Atlantic Ocean after nine and half hours.

Prior to the Azaan reaching the shores of the Atlantic, the process of Zohar Azaan has already
started in east Indonesia, and before it reaches Dacca, Asar Azaan has started. This has hardly reached Jakarta one and half hours later, the time of Maghrib becomes due, and no sooner has Maghrib time reached Sumatra, the time for calling Isha Azaan has commenced
in Saibil!

When the Muazzins of Indonesia are calling out Fajar Azaan, the African Muazzins are calling the Azaan for Isha.

If we were to ponder over this phenomenon thoughtfully, we would conclude the amazing fact that there is not even a single moment when hundreds of thousands of Muazzins around the world are not reciting the Azaan on the surface of this earth. Even as you read this aterial right now, you can be sure there are atleast thousands of people who are hearing and reciting the Azaan!!!

Allah said, "If you are ashamed of me, I will be ashamed of you." If you are not ashamed, please send this message...

"Yes, I love Allah. Allah is my fountain of Life and My Savior. Allah keeps me going day and night. Without Allah, I am no one. But with Allah, I can do everything. Allah is my strength."

Mentera untuk Melayu Baru (Malaysia Boleh)

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
Tapi apakah yang kita tahu, cuma baca nak halau hantu